03 November, 2009

Batu Belahhh Batu Katupp!

11.04 malam tadi..

Aku patahkan lada hijau, aku gosok kat mulut kristal... tak cukup tu.. aku amek tali pinggang sekolah Danial, pelepuk pelepak plak kat tangan kak kaki Kristal. Hati dia memang keras. Gene ganyang ngan lada dia tak melalak (memang lada hijau tu tak pedas pun...), malah dia mendiamkan diri. Kene tali pinggang pun (aku pegang hujung2 tali pinggang je..) dia tak nangis. Tapi jelas nampak wajah takut kat muka dia.

Danial pun kene tali pinggang gak. Ini memang pandai drama. Baru aku angkat tali pinggang aje dah menjejeh air mata. Belum kene lagi. Dah kene lagi le teruk.

Mula2 aku bleh bersabar.... sebelum2 ni aku guna cara yang lembut... Tapi malam tadi kesabaran aku memang dah takde parasnya.

Sambil memukul aku melalak. Terisak2 sebab aku tak pernah pukul anak cenggitu.

Habis sesi tersebut aku duduk dalam bilik melalak. Menangis dengan sedu sedan. Aku tepon AbangSayang tapi hp dia mati (AbangSayang pegi meeting Pemuda kat GP). Aku terus sms ngan Pakar Psikologi peribadi tentang apa yang baru aku lakukan. Pakar Psikologi menawarkan untuk bercakap ngan aku melalui telefon. Tapi aku tak bersedia.. sebab ngan isak tangis.. ngan ingus yang meleleh.. kalau aku bercakap buat bazir duit je.. sebab yang akan kedengaran hanyalah suara tangisan.

AbangSayang balik jam 12.00 tengah malam. Aku tak cerita pun ngan dia... aku hanya sambut dia ngan mata yang bengkak. Seperti biasa... ada dia kesah mata aku nak bengkak ke.. mata aku nak terkeluar ke.. mata aku tak bleh bukak ke....

Pagi ni baru aku cerita ngan dia...

Hai anak2... kenapalah ko buat mak ko cenggini??? Kenapa??? K enapa??? Kenapa??? Lebih baik korang campakkan mak korang ni dalam batu belah batu bertangkup (Saiz XXL)

6 ulasan:

Mesayu Kirana berkata...

aper kess....

LayarLara berkata...

Kes juvana...

keh..keh..keh..keh.

atty's berkata...

gini lah ragam anak2 kan ..

LayarLara berkata...

Attys,

Yaa begitulaa...

MamaSofif berkata...

betul2 marah ni..ape kesss..

Elyn berkata...

mak aii kak ko nape?? stress ke??