07 Mac, 2010

Admitted Jaundice

Katil baby yang telah kembali kosong.....


Pagi Day 3. Aku bukak baju baby konon nak dok jemur tepi tingkap sementara tunggu nurse datang nak mandikan. Tapi aku perasan kat tangan.. kat kaki baby banyak rashes. Berbintik2 merah.


Aku bagi tau nurse. Muka baby pun sedikit kekuningan gara2 tak cukup makan. Atau bahasa sais yang sebenarnya ialah kekurangan cecair billirubin kerana hatinya belum mampu untuk bergerak secara normla.


Baby diambil untuk pemeriksaan. Ternyata kuningnya sudah langgar border. Kuningnya pun sudah mula turun ke bahagian dada. Tentang rashes tu, doc perlu buat examin takut platelet darahnya cepat memecah.


Maka pada hari itu aku telah dipisahkan dengan baby. Baby telah dibawa ke wad kanak2 blok Anggerik.


Kesempatan ini telah ku ambil untuk tido dengan sepuas2nya. hahahhahaha...


Tapi tidak seperti yang aku sangka. Aku tak dapat tido dengan nyenyak pun... sebab hati aku runsing memikirkan baby yang dah dok jauh dari aku. Aku dah tak leh nampak dia tergedik2 dalam kati baby tu... aku dah takleh dengar sore baby ketika melontarkan suara2 sopranonya.....


Aku jadi sedih.... aku amek kain bedung baby... aku amek baju baby... aku sedut dalam2 baunya... aromanya sangat menenangkan.


Bila AbangSayang datang, dia bawak aku guna wheelchair untuk ke bangunan Anggerik.


Kat sana, baby diletakkan dibawah sinaran lampu biru. tidak berbaju, hanya memakai lampin dan penutup mata. Tidak sukar mengenali baby aku diantara ramai2 baby tu. Yang besar adalah baby aku...heheheh... tapi baby aku 4.2kg tu tak paling besar... yang paling besar adalah 4.4kg. Lagi gebussss kooooo... ini mesti mak dia makan baja ni... (ngata orang... )


Aku amek baby n bawa masuk ke bilik khas untuk ibu2 memberikan susu ramuan istimewa memasing.... Adalah hampir 1 jam gak aku bfeed dia. Sian dia... Kat wad NICU ni kanak2 akan diberikan susu formula secara berjadual. So kalau ibu2 tak larat nak datang memberikan susu ramuan istimewa, jangan bimbang... bayi anda tidak akan mati kelaparan.


2 ulasan:

Elyn berkata...

kak ko mkn baja gak dulu ek?? ekekee

LayarLara berkata...

Elyn,

Heheheheh... baja cap SIPOTOX