15 Mac, 2010

Alkisah subang itu...

Sergap hukuman... PELAKUNYA...






Dah ranap skang ni...



Nasib ada subang pemberian MIL


Wahhh begitu ramai yang menjawab hampir tepat... nampaknya ramai yang akan berkongsi piala pusingan....(Weii tengok penganjur bungkus kain baju dan lariiii!!!!)



Ceritanya begini...



One day tu.. aku telah pegi ke kedai... masa drive balik tu... si Zara dengan tak pasal2 telah merabik telinga mak dia dari belakang. Mungkin dia jeles kot... Terus jatuh entah kemana subang tu.

Sampai rumah puas aku tengok kat seat.. kat bawah kat karpet takde gak.. isk.. jadi segitiga bermuda plak keta aku ni. Aku kibas2 baju pun takdak... Entah2 dah termasuk kat tempat handbrake kot...

Aku bagi tau kat AbangSayang, kalau2 dia kemas keta.. tolonglah tengok2kan dimanakah gerangan subang itu berada. Masuk dalam rumah terus aku tukar subang lain. Tukar ngan subang yang MIL bagi.
2 minggu kejadian itu berlalu, dan dah 3 kali AbangSayang kemas keta, tapi still tak jumpa juga. disebabkan subang itu juga AbangSayang tak berani hantar kereta untuk cuci. Takut orang lain jumpa.


Tapi.. pada suatu hari minggu, tetiba AbangSayang panggil aku dari luar.. "Haaa ni dah jumpa subang tu..." Wahhh aku sangat gumbira... aku pun ngan senyum simpul keluar.. skali tengokkkk... dah tekemekkk begitu skalik rupanya.



"Alaaaa napa jadi gini???" Sedeyyy...

Rupa kisah subang tu memang melekat kat baju aku... pastu bila aku nak bukak gate... subang tu jatuh depan rumah.. maka bila aku park keta.. sekonyong2 tayar keta aku pun memberikan bebanan yang sangat kuat pada subang tu....

Pastu tetiba aku cakap "Haaaaa... abang ganti... ganti tauuu..."



"Napa plak abang nak kene ganti.. "



"Sebab Zahra yang tarik... Abang kan perlu bertanggungjawab terhadap tindak tanduk anak2.. soooo... Abanglah kene ganti.."

"Suh Zahra ganti bila dia dah keje nanti..."



Cesss tak dapat aku nak pau laki aku..


Jadinyaaaa yaaa betul jawapan korang.. subang aku yang dah kemek. Tak hantar kedai lagi nak repair... tak pasti lagi nak repair atau nak trade in..





3 ulasan:

Ad berkata...

syabassss zahraa...!!

LayarLara berkata...

Ad,

cess... bersekongkol..

Elyn berkata...

hahaha subang saya pun pernah ilang cam ko kak. tp sadis tak jumpe dah!!