06 Mac, 2010

Bfeed yang gagal

Kalau sebelum2 ni aku bersalin nurse yang jagakan baby, aku hanya nengok baby bila AbangSayang datang melawat je. Selebihnya aku dok memanjakan diri sendiri di atas katil.

Tapi bila bersalin for the last time ni.. aku telah berazam, kuar OT je aku terus nak jaga sendiri. Ceaaaa cam le kuat sangat. Padehal aku le manusia yang nak pitam sekejap tadi... dan aku jugalah manusia yang nak terbelahak tadi.. dan aku jugaklah manusia yang dok tergaru2 tak henti2.

Tapi itu semua bukan kekangan bagi aku. Aku mintak baby pada nurse. Dorang of course le lagi suka... kurang sket keje dorang. So, tugas pertama aku dengan baby ialah breastfeeding. Waaa sangat pandai. Budak lelaki dengan budak perempuan lain. Pompuan ala2 pemalu... Tapi lelaki cam rakus gitu.. tup2 terus pandai.

Aku start bagi bfeeding start jam 6 petang. Selepas itu selang 30 minit je baby akan menjerit mintak susu lagi. Susu formula tidak disediakan sama sekali di wad ini. So, kalau anda teringin memberi susu formula... kene bawak sendiri dari rumah.

Kalau ikut law memang tak bleh bawak botol dan susu formular segala. Tapi nurse wad 1 ni boleh bertolak ansur. Motto dorang ialah "KO NAK BAWAK SUSU FORMULAR IKUT SUKA KO LAH DEK, YANG PENTING ANAK KO TAK MELALAK DAN KITA ORANG PUN TAK BINGIT TELINGA"

Tapi aku nak full bfeed. So aku tak prepare lansung susu formular atau botol susu.

Natijahnya first nite ngan baby aku tak tido lansung. Ini kerana dia akan menyusu sehingga tertido.... bila dia dah tido aku masukkan kat tempat baby.... eh.. takde 5 minit dia bleh bangun lagi... mintak nenen... dah ralit mata aku masukkan kat tempat baby semula... ehhh dia bleh bangun... yeee begitulah sehingga ke subuh. Rabak gabak bijik mata aku first day.

Day 2 pun cenggitu gak. Aku sangat kesian dengan bijik mata aku sendiri... so.. aku lupakan hasrat yang nak full bfeed tu.... Aku telepon AbangSayang soh bawak susu n botol. Yeee muktamad.

Aku tak tau le orang lain... cam aku dari day 1 hingga day 3 susu badan tak macam susu. Dia hanya keluar cam air masak jernih n tiada rupa susu lansung. W/pun banyak tapi disebabkan dia belum menjadi susu sepenuhnya maka baby minum tak kenyang. Tu pasal dia sesekejap asik mintak saja.

Malam kedua pun begitu.. Aku hanya sempat tido siang dalam 1 jam aje tu pun masa nurse ambil baby bawak pegi mandi. time makan pun aku dok memangku baby aje... sebabnya dia kelaparan... bila lapar dia nak berendoi saja...

So kalau ikutkan prosedur perubatan... orang yang bersalin cezar ni perlu di pantau selama 48 jam. Jadinya day 3 baru aku leh balik.

So... kalau ikut hati yang meronta ni.... memang nak balik sesangatnya.. Tapi apakan daya... terpaksalah mematuhi undang2.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

naluri lagi bab2 gini mmg expert..gifted gittew

noname