26 Mac, 2010

K.E.S.A.L

KESAL

Masyarakat dewasa ini (cam berpidato plak) dihinggapi dengan sindrom pembuangan bayi, penderaan bayi.


Berita2 pembuangan dan penderaan bayi yang terhidang didada akhbar begitu menyentuh dan meruntun2 naluri keibuan. Pasti bukan aku saja yang mencicip rasa sebegitu, ramai lagi khalifah yang bergelar manusia diluar turut merasakan getarnya.


Apakah dosa bayi2 ini? Mereka bukan lawan sengketa kita yang penuh kudrat sampai tega membuang di merata tempat, ada yang kesejukan disimbah hujan, ada yang kesakitan dihurung semut. Jika bernasib baik hiduplah kamu dalam derita sehingga ditemui. Jika lebih bernasib baik maka kamu dijemput Allah Taala Azzawajalla mengakhirkan segala derita dan pahit maung kehidupan yang bakal kamu temui dihari muka.


Beberapa hari lalu berita penderaan bayi sangat2 menyenakkan pangkal rasa keibuan. Mungkin kerana bayi tersebut seusia Ibtisam. Duhai anak apalah dosamu, sehingga wali sanggup melakukan sedemikian rupa. Tiadakah rasa belas dan simpati pada zuriat sendiri. Tika ini seharusnya belaian kasih sayang yang kamu dambakan, tapi mengapakah goncangan sehingga mengakibatkan pendarahan otak yang kamu perolehi. Tabahlah duhai anak.


*Nota untuk semua ibu bapa yang mempunyai bayi. Henjutan buaian pada tahap laju juga boleh mengakibatkan pendarahan otak. Tulang dan urat leher bayi akan menjadi kuat apabila menginjak usia 3 tahun. Suka saya mengingatkan diri sendiri dan anda diluar sana, sayangilah anak2 anda, kerana mereka hanyalah harta yang dipinjamkan sementara.

Mohamad Al-Hafiz. Sedekahkanlah Al-Fatihah kepada bayi ini, semoga beliau beroleh kekuatan dan kesihatan.


Speechless.
Scroll ke bawah untuk lagi gambar mangsa dera.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ini juga gambar mangsa dera. Didera oleh kakak-kakak dan abangnya. Dan didera oleh si emak bila lambat dapat nenen..

Sudah hampir pandai meniarap... dalam buai pun nak mengiring juga.



2 ulasan:

khairie berkata...

eh? dah ada baby baru!
waaah :D

LayarLara berkata...

Kerry,

Arramakkk... sudah ketinggalan keretapi lah anda...