09 Mac, 2010

Opocot!!!!

5 Januari 2010. Aku dalam toilet ketika mendapat panggilan dari Cik Adi.

Disebabkan gagal mendapatkan aku ditalian, Cik Adi telah sms yang berbunyi "kanda bak alamat. Urgent"

Ohh.. dalam perkiraan ku mesti cik adi ni nak mai rumah aku gaknye...

aku pun bagi alamat. ..Selepas 3 jam membalas sms berkenaan aku telah dilanda terkejut yang teramat sangat.

Betaraguru panggil cakap ada orang nak jumpa..

Aku pun keluar dari bilik... haii.. sapa plak yang nak jumpa aku ni.. Apa tak tau ke aku baru lepas beranak ni... kalau nak menjual apa2 pun aku tak nak belilaa....

Skali tu... OPOCOT!!!! Adnautica!!! Imposible... Bukanke ko berada di Nanjing, China?? terkebil2 bijik mata aku. Terkeseng2 aku.. sebab aku memang tak ready... dah le ngan serembih...
Aku speechless.. Tapi tak naklah nampak sangat kan... Terus je aku cakap ngan dia "Nak tengok baby eh??"... aku pusing balik masuk bilik ambil ibtisam dan tunjuk kat dia. Cam apa je kan??
Ad plak datang macam orang nak bagi bil air n api. Sekejapan sangat. Tak sempat betaraguru nak hidang2 air segala.

Dengan alasan transport nak gerak jam 11.00 pagi.

Huk alloh.. aku masih lagi ngan terkezut2.. sampai aku lupa nak snap gambo...

Adnautica tidak datang dengan tangan kosong... membawa sekali munjung2...

Tima kasih le bebanyak... lengkali jangan buat cenggini tau... kanda terkejut... cam nak terberanak lagi rasanya...

Kepada Cik Adiwarna.. kanda hukum buang daerah! atas alasan bersekongkol....!

Hajat di hati Ad nak belikan ikan haruan hidup konon... tapi hajat tak kesampaian.. tak jumpa pun.. hehehhe.. maka dibelikannya plak pati ikan haruan. Mekasih... kerana mendealah ini kanda cepat sembuh.. sihat.. n segar.. tak letih.. malah jalan lebih laju dari betaraguru... hehehheh




Tomeiiiiiiii... itu ayat Zahra bila nampak beg ni. Nursing bag juga dari Ad. Sangat berguna bag ni... dah 3 kali kanda guna... tak pernah2 ada nursing bag. Dalam sejarah ni... Kemana2 pergi orang dok tegur.. "Shantiiikkkk bag"....



2 ulasan:

Diana Ishak berkata...

simpan beg tu baik2..sok aku beranak aku pinjam kat ko.

LayarLara berkata...

Apple..

berdekah..berdekah..berdekah..