24 Ogos, 2010

potong?? tak potong??

Pagi tadi aku ada sedikit perbincangan kumpulan ngan AbangSayang...

Aku : Cemana ehh... Along (orang yang jaga anak aku datang pagi balik petang) cuti sampai 15hb la. Tapi budak2 dah naik sekolah 13hb kan? Wah 3 hari anak dia ponteng.

AbangSayang : Takpe, anak dia Tadika.

Aku : Abis cemana eh bebudak. Hem.. mintak tolong mak lah kot.

AbangSayang : Abis Danial?

Aku : Danial kat rumahla. Dia kan dah sekolah. Lagi pun dia kan dah pernah dok rumah sendiri.

AbangSayang : Hem.... dia tau tak Ati start cuti bila?

Aku : Dah cakap ngan Kamarul (suami dia) Ati start cuti 8 dan 9. Dia tak amek cuti awal.

AbangSayang : Kalau macam gitu potong jela gaji dia nanti.

Aku : Ati bercadang 8 dan 9 tu hantar je lah kat rumah dia. Tak payah dia datang sini. Sebab nak cover yang dia cuti 13, 14 n 15.

AbangSayang : Apa nak kesah potong jela gaji dia.

Aku : Ati tak sampai hati la nak potong. Nantikang dia cakap kita ni berkira. Kang dia berkira soal jaga anak2 cemana? Budak2 kan seharian dengan dia.

AbangSayang : Eleh bbsitter yang lelain pun cenggitu gak kan. Cuti amek bebanyak. Tapi kita tak pernah potong. Patutnya sendiri ingatlah. Main amek je.

Aku : Em.. Ati beranggapan dia tu pekerja kita. Setahun ati bagi dia 10 hari cuti. Kalau dia amek lebih 10 hari cuti barulah potong gaji dia.

AbangSayang : Apa pulak cam tu. Kalau style orang bekerja, tak keje takde gaji la.

Aku : Tak baik cam tu tau bang. Abang kalau cuti kampeni potong gaji abang tak? Tak kan?

AbangSayang : Eleh.. nanti kalau kita tak potong lelama dia lemak laaa asik nak cuti je.

Aku : Bukan cam tu bang. Ok, ati boleh potong gaji dia. Tapi abang yang kene maklum pada dia kenapa kita potong. Lelaki ni amek mudah je. Yang tukang bayar gaji dia ati, yang tukang potong gaji dia pun nanti ati. Sapa yang dapat nama buruk? Ati jugak. Sedangkan sapa yang suruh potong? Abang kan?

AbangSayang : Potongje laaa. Masa kawin ain kita hantar kat dia, dia siap cakap nak kira overtime. Ha ni dia nak cuti potong je lah.

Aku : Tak baik cam tu tau bang. Itu hak dia nak kira ot. Tapi ati tak sampai hati. Kalau dia nak berkira itu hal dia lah.

AbangSayang : Ada cam gitu. Kita ni asik kene pijak je.

Aku : Tak baik bang. Tak adil cam tu tau. Dia ada 10 hari cuti. Dia dah guna 1 hari masa ceret beret. Ni dia nak amek lagi 3 hari. So ada baki 6 hari. Kalau dah abis cuti dia sok barula ati potong.

AbangSayang : Eleh si polan tu kalau tak hantar anak dia, dia potong gaji bbsitter tau.

Aku : Bang, itu terpulangla orang lain. Tapi ati bukan jenis macam orang tu. Ati kene adil. Abang tau tak. Kat akhirat nanti perkara utama yang akan ditimbang adalah Adil. Orang lain tu nak kira dia punye pasal. Kubur lain2.

AbangSayang : ...........


Seeeeeeeee laki aku ni. Aku just mintak cadangan nak hantar budak2 kat mana je. Tapi dah terbangkit isu lain plak. Korang rasa sapa yang tak normal kat sini?? Aku ke??

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau strictly business, just bgtau and potong. If that person charge extra bila dia kerja lebih, the person won't mind kalo kena potong pun kalo dh x kerja sampai beberapa hari.

ada setengah org rasa yg since dia yg jaga anak kita, so jangan berkira sgt. Anggap je sedekah.

Then again, tgk semula nilai yg nak dipotong tu...pastu baru consider. Ada masanya, tak worth utk berkira sgt jika jumlahnya terlalu kecil.

Tanpa Nama berkata...

oh ya...
kalo dia entitle for certain cuti..
x wajar utk dipotong gajinya..

Tanpa Nama berkata...

mende kecik2, kalau potong x kaya pun majikan, x potong, x rugi mana pun..tp idea 10 hari cuti tu mmg mabeless..elok kalau bg tau dia awal..tp jgn la ckp 10 hari setahun,ckp la 6 hari ke..pastu kalau OT, leh amik duit atau amik leave (secara kumulatif).

saya cadangan..x potong tp kene explain xnak potong ,sbb lain kali kalau emergency dia leh tolak ansur..

sekadar cadangan

mr.mussel

LayarLara berkata...

Ray Eusoff n Mr. Mussel,

Tima kasih banyak2 atas pandangan anda..

Budimu ku kenang