28 September, 2010

Berjalan di Pesta

Alhamdulillah hari ini last majlis penyampaian ijazah konvokesyen, walaupun sesi pagi dan petang tapi heppi sebab boleh balik awal.

Bila ada konvo gerenti ada pesta kan.. w/pun pesta tu tetiap tahun mende yang samaaa je... baju, tudung, dhab, permainan, perkhidmatan dan banyak lagi.. tapi aku n co. tetap pegi. Tahun ni tak berapa best sebab takde beca. Bebudak suka naik beca.

Sedang syiok2 berjalan, meninjau sana meninjau sini, belek sana, belek sini, penyudah takde satu hapa pun aku beli. Tetiba ada sorang tu hulurkan aku flyers. Aku pun sambut je. Cam biasalah nanti dah sampai dalam keta aku renyuk n buang. Tapi perkara itu tidak berlaku ok. Elok je aku sambut flyers tu, terus dia tarik tangan aku masuk gerai dia. Sambil pot pet tentang produk penjagaan kulit dia yang dari sengkuang dan timun dia terus taruk krim tu kat tangan aku, pastu lap, pastu gosok lagi, sampai kuar cam daki le katanya. Tapi pelik... orang daki itam.. ni daki kaler putih.

Tak habis kat tangan, terus dia letak krim tu kat dedua pipi aku. Tak sempat aku nak ngelak, dan tak sempat aku nak cakap TAK MOH. Terus lagi dia gosok2 sambil tu cakap SATU BOTOL rm15, TAPI HARI INI SAYA BAGI 3 rm50 SIAP FREE SEBOTOL LAGI KAK. TAPI BOTOL AKAK JANGAN BUANG NANTI BOLEH JUAL BALIK SEMULA PADA KAMI. Terus dia amek plastik nak bungkuskan. Walhal aku tak cakap pun nak beli ke idak produk dia. Ekceli aku cam nak amek sebotol je.. membayangkan kesian kat dia dah beriya gonyoh tangan n muka aku kan. Tapi nasib baiklah time tu purse aku dalam kocek BR. Kalau purse tu dalam poket aku gerenti dah terebang RM15 hinggit tu.

Aku tanya salesgirl tu product dia ada kelulusan kementerian kesihatan ke. Dia jawab EHH... ADA, SEBAB TU KITA BOLEH JUAL SAMPAI SINGAPORE. Aku tanya napa kat botol ni takde tulis pun? terus dia jerit kat abang dia soh amek salinan sijil. aku tengok.. then aku cakap.. Ni no lesen perniagaan, bukan sijil kelulusan kementerian kesihatan. Terus dia cam gelabah nak mencarik. Tak jumpa then dia cuba lagi nak meyakinkan aku... hem.. sorry ok.

Then aku cakap, takpelah bagi jelah saya contact number, kalau aku berubah fikiran nanti aku telefon. Terus sales girl tu marah... sambil cakap TAK TAU LAH KAMI ADA PROMOSI KE TIDAK... Forget it ok!, aku tak mau lah pakai produk ko yang tah pape tu. Nak jadi kisah semalam aku dok borak kat opis ngan si jelmaan Alif Satar. Dia cakap, dia dah pernah terpedaya konon bleh hilangkan jerawat. 3 botol pakai.. non ada perubahan pun... sampai si alif cakap produk Syial tu kak.. Nak tergelak plak aku..



Gaya mentel. Entah ikut sapa punye perangai mentel dorang ni. Masa kekcik aku tak mentel ok. Takde makna nak posing mentel...

Disebabkan beberapa hari ni hujan je... aku berjalan sambil bawak payung k. Park keta dah la tak berapa nak dekat.. haruslah kuyup anak beranak nanti.

Ok, belon upin & ipin kristal n zahra, tambah parachute lampur danial adalah RM15. Dari bagi kat salesgirl tah pape tu... lagi bagus gumbirakan hati anak2. Aku ada taktik tau nak berjalan supaya dorang takde mood nak membeli sangat. Sebelum keluar tu aku sumbat mulut2 dorang ni makan kenyang2. Bila dah kenyang, tak berapa ada mood sangat, perut berat dah kan... selamatlah poket sang emak.


Main kat depan rumah. Parachute tu kene tarik cam lastik dan tembak ke arah atas. Bila dia turun je, akan slow seumpama parachute. Cantik sebab ada lampu biru.


Opsss, lupa plak, belikan zara n kristal cincin. Singgit je... tangan gemuk sket tangan zara..



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cis.... org yg jual produk mencantikkan kulit tu kan? dekat jer ngan co. aku nyer booth kan? hohoho... aku pong kena tarik gak... tapi sowi yer.. aku ni x mudh tepedaya dengan produk sebegitu... memula dia hulur flyers dia la pahtu terus tarik tgn aku sambil calit dia nyer krim.. aku pun secara otomatik hangin la.. tp dlm nada cool... aku ckp... "EH? APASAL? DIA JWP TESTING, PROMOTION.. SEKEJAP JER.. AKU CKP.. TKPER SAYA TAK BERMINAT, TERIMA KASIH YER.. SEKALI DIA KATA SEKEJAP JER.. AKU CKP AWAK TAHU TAK CARA AWAK NI SALAH.. AWAK TAHU TAK AWAK NI MEMAKSA PELANGGAN, SAYA DARI TADI PERHATI CARA AWAK TARIK PELANGGAN.. BUKANA MACAM NI OKAY.. PSTU AKU KATA TOLONG LAP BALIK KRIM NI.. MUKA BUDAK TU TERUS KELAT NENGOK MUKA AKU YG TAK MESRA NI... TERUS AMIK TISU DAN LAP SAMBIL KATA SORRY YER... hahhha aku terus berlalu pergi...

Tanpa Nama berkata...

motiff mentioned jual dhab???