I Warn U!.. u better leave this page...
Haaa sila carik aku yang mana satu. Okeh dari yang berdiri sebelah kiri eh.. Jasni, Naturalspirit, tak ingat sapa, Fairul Azrai, tak ingat sapa, tak ingat sapa, aku, tak ingat sapa. Yang duduk dari kiri, azrul, rozlin md som, norshita sohod, hafizah dan iskandar. Masa ni umur aku 9 tahun. Kita orang masuk koir nyanyi lagu ikan kekek. Best woo masa ni. Dah budget cun, sebab pakai blusher ngan lipsetik.
Ok.. aku ulangi... sapa yang ada penyakit seperti diatas, aku tidak bertanggungjawab atas apa2 yang berlaku pada korang kalau korang terus menerus scroll ke bawah
Ini adalah aku. Ketika baru2 masuk keje. Sekitar tahun 1995-1996. Aku sangat suka ngan corak baju ni. Rasa sayang sangat. Sebab warna kotak2 purple tu jarang aku jumpa. Kain ni Mdm Betaraguru yang belikan. Blom kawin lagi masa ni.
Ni pun gambo dah kawin. Sekitar 1997. First time pakai contact lense. Hahahaha gila jakun masa tu. Hijau lagi.. aku suka ngan kaler ijau. Baju ni pun mak aku yang belikan. Kalau tak silap regenya adalah RM40, mak aku beli kat pasar malam Eco Living.
Korang rasa2 ni sapa?? Ada macam muka aku tak?? Hahahhahaha Seee badan aku time ni, dah start mengembang cam muffin dah. Muffin yang terlebih kembang sampai terkeluar dari cup muffin. Masa ni rasa aku tahun 1998 kat kg. Sri Tenglu, mersing. Menginap kat chalet masa tu. Sehari RM40.
Haaa, cepat! yang mana satu aku??? hahhahahha takkan yang baju purple plak kan??? Lisetik koooo merah menyala... lembu buta pun leh perasan. Time jamuan raya masa ni, jamuan raya universiti.
Ni lagi hazab... aku pun tak tau badan aku dulu.. nauzubillah cenggini punye besar. Masa tu aku tak perasan pun badan aku besar. Masa tu aku cuma rasa AKU RAMPING KANNNNNN. Masa ni tahun 2003, time adik aku yang cikgi sekolah tu kawin. Buat kat dewan.
Ok, ni sambungan gambo yang kat Sri Tengluk, mersing. Tu keta pertama kita orang beli. Keta Second Hand. BR masa ni dah mula menampakkan sosok perutnya. Hahahhahaahah takdenya sixpac..
Ok, lagi ngeri gambo ni. Rasa aku macam baru semalam aku amik gambo ni ngan Naturalspirit. Time tu rasa dah vooooouuuuugggeeee sangat kooooo... Ngan sutera ijau... Sumpah kalau korang lalu sebelah aku pun tak kenal aku... hahahhahah
Haa ketawa takleh berenti??? tulaaaa aku dah warning tadi... korang degil gak... sendiri tanggung ehhh...
Ok, itu beberapa keping gambo2 lama yang berada dalam album. Zaman dulu kan amek gambo pakai kamera still. Kualiti gambo kurang jelas sebab aku amek tangkap semula guna kamera talipon sony aku. Tak kose aku nak scan. Lagi pun kalau aku scan lagi hazab korang tengok. Terus korang kene admit ICU..
Dulu lain, sekarang lain. Dulu aku memang takde menitik beratkan tentang berat badan. Nasib aku tak kene kencing manis ko... kalau tak gerenti skang aku dah kene makan pil je. Ekceli hampir2 jugak nak kene diabetes masa pregnant. Gula dulu menjejak sehingga ke 9. Tapi doc tak nak bagi ubat, dia suruh guna diet control. Tapi alhamdulillah. Skang ni aku dah ubah sistem pemakanan aku. Kali terakhir aku test darah, gula adalah 4.2 Sudah normal. Nasib tak kene diabetes ko...
Seingat aku dulu aku menjejak sampai 84kg, but now 62kg. Takdelah kurus or gemukz sangat. W/pun takde mencapai berat ideal, tapi aku puas hati. Dan akan terus berjaga2 supaya tidak menjadi seperti dulu kala..
Kepada anda diluar sana.. sayangilah diri anda.. (tetiba)
Okeh.. sudah dulu ye...
2 ulasan:
kenapa semua kaburrrrrrrrrrrrrrrrr?
Tanpa nama,
Gerenti ko tak baca abis ni... gambar ni di tangkap semula guna camera taliponggg....
*Er.. supaya korang tak cam sangat muka aku.. hahahhahahahah
Catat Ulasan