15 September, 2010

Pemenangnya TBLS

Okeh pertandingan sudah pun menemui titik akhirnya...TBLS telah menuju kepuncak.. gemilang cahaya... bersama janji akan sejatiii... hahahahhahahah okeh merepek... tak kelakar lansung.

Ohhh... azab telah pun berakhir... dan pemenangnya telah pun diketahui. Seperti yang sedia maklum pertandingan ini telah bermula sejak April 2010 dan jam tamatnya adalah pada 10 September jam 6.30petang.

Ye ketika itu, memasing pose kan... aku yang tak bleh pose pun tak makan gak... menahankan diri supaya timbangan akan ringan. Hahahhahahaha. Memasing nak timbang sebelum buka... budget ringanlah... cuba timbang lepas buka... haaa mau naik 2-3kg kannn...

Peserta2 seperti Betaraguru, Azrai telah kalah tanpa bertanding. Sebabnya dorang tak bayar yuran penyertaan.. Maka nyah kau!!

Wang kemenangan terpaksa dikongsi 3 orang. Sebabnya yang menang 3 orang. Tapi yang benarnya aku rasa yang menang aku sorang kot.. Sebab aku dengar BidasariAyu cakap aku memula 61... tetiba dia tukar jadi 62... okeh.. takpe.. takpe... aku kan adik yang baik sekali. Aku tak mau gado2... keh..keh..keh... Apa ada sangat no.1 kan.. apa yang penting... kejesame!!!

Pemenang adalah aku... BidasariAyu n Ain. Memasing berjaya mengurangkan sebanyak 3kg. Isk.. kalau aku tak peod, aku rasa aku leh menang lagi. Weiii time timbang tu aku tengah peod tau.. tak aci timbang time peod... timbang jadi berat weh...






Wang kemenangan bersama dengan catatan sebagai bukti. Ada yang naik.. turun.. naik.. turun.. hahahhahahh




Proses pengiraan dan pengiraan sedang dijalankan. Saat ini sangat genting.... cewaaaahhhhh. Yang tak masuk bertanding pun sibuk nak tau sapakah bakal membawa pulang wang tunai... hahahhahhah

Dan... inilah pemenangnyaaaaaaaaaaaaaaaa....

Layarlara: Berat dulu 65kg. Berat Terkini adalah 62kg. LULUS

Ain : Berat dulu 54kg. Berat terkini 51kg. LULUS. Elehhh tu pun nasib baik dia pregnant, muntah khayak.. kalau idak.. takdenye dia menang... hahahhahahahhaha

Pemenang seterusnya adalah BidasariAyu. Berat dahulu adalah 74kg. Berat terkini adalah 71kg. Tercapailah hasrat dia nak beraya ngan berat 71kg. Okeh gambo betaraguru terpaksa di padam. Sebab wajahnya penuh dengan kekecewaan sebab kalah. Hahahah.. Dulu berat beliau adalah 61.5kg dan berat terkini beliau adalah 63kg. Haruslah meroyan sangat2 kan..


Ini NaturalSpririt. Tengok... dia tunjuk penumbuk lagik. Tanda2 tak puas hati dan protes sangat2. Berat dulu dia adalah 63kg. Berat terkini adalah 65kg. Elllooooo ini bukan pertandingan naikkan berat badan eh... sila cuba sekali lagi pada tahun hadapan...






1 ulasan:

Elyn berkata...

hihih tahniah kak!!! turun gak berat ek...berkat puasa dan kejar anak ek...