Eiiiii geramnya ngan talian TMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM.
Korang dah naikkan kadar sewa... konon untuk meningkatkan lagi mutu dan kelajuan. Tapi napa?????? napa bila aku nak online.. tak sampai 10 minit je dah kong?? aku bukak fb pun dia kata page currently not a/able., aku bukak blog pun cenggitu gak. Dah reboot, pun cenggitu gak. Hish... mana2 pekerja TM tolonglah... aku online jam 5.30 pagi ok... takkan korang nak kata time tu time kemuncak.. time orang tengah tido ok aku online. Pun haram jadah gak... Tolonglah mana2 kaki n tangan TM yang tersinggah or terbaca blog aku ni... tolonglaaaa tengok2kan kawasan Eco living ni ye... jangan le korang asik nak makan duit pelanggan je.. tapi service korang lebih lembap siput khinzir..... HUH!!!
OKEH... TAMAT....
Kalau ikut entry ni dari malam raya aku dah masukkan. Tapi ada problem dari En. TM yang macam siput tu kannnnnnnnnnn....
Korang masak apa juadah untuk hari raya?? Aku cuti awal... dari hari Rabu lagik. Sebabnya aku dah amek kontrak anyam ketupat.... maka haruslah cuti awal kan.. Apa ingat korang yang ada kampung je boleh balik awal ke??
Raya kali ini tak berapa best sangat. Sebabnya putera2 n puteri2 ku sumer tak sihat. Batuk, Selsema n demam.
W/bagaimanapun, t.jawab untuk berhari raya tetap aku teruskan.

Sapa2 yang tak kenal. Inilah dia daun yang digunakan untuk menghasilkan kelonsong ketupat. Bukan semua daun kepala bleh dibuat kelonsong ye... hanya daun yang muda dan lembut sahaja.

Okeh... selepas dianyam.... sarung ketupat hendaklah direndam air, dan ditoskan buat seketika bagi mengilangkan segala bentuk kekotoran yang melekat pada daun ketupat tersebut.

Selain dari ketupat, tetiap tahun menu wajib adalah lepat. Aku tak pakar buat lepat ni... aku pakar ketupat je... lepat ni dibuat oleh NaturalSpirit. Memang tetiap tahun dia amek contract. Dia dah sign kontrak sampai mati untuk buat lepat...




2 ulasan:
selamat hari raya kak!! thn depan nk mntk akak tlg buat ketupat la ek tuk saya hehehe
A'ah...
line maxis pung sama
lembab lembam..
--- ok tamat ---
Wahhh... meriahnya
cute jek gambo kristal and zara
demam pun raya tetap raya kaans..
Catat Ulasan