18 November, 2010

Second n the last...

Korang pernah tak pegi RasaMas?? alaa... aku rasa yang macam ala2 fastfood ayamas tu?? Kalau tak silap aku dia ngan kfc ada connection. Last week aku n Co. pegi beli stok susu n lampin pakai buang kat jusco taman u.

Dah tu, Danial nak makan pizza. Aku terus membayangkan bagaimanalah nanti rupe aku sekeluarga dalam pizza hut tu. Dah le tempatnya sempit, meja pun sempit... isk.. tambah plak nanti si ibtisam nak merempit atas meja. Ohhh tidak.. So, aku cakap ngan danial, kalau nak pizza beli n take away je la.

Berkira2 nak pegi KFC atau RasaMas. Bebudak pilih nak pegi RasaMas. Ok, fine. AbangSayang ni fast food yang bleh masuk kat batang tekak dia hanyalah KFC ngan Pizza je.. kenny roger ke.. johnys ke.. lelain memang dia tak nak dan tak mungkin akan pergi.

So seingat aku, aku pergi RasaMas ni adalah sekali je, tu pun masa baru lepas abis pantang. Tapi tak makan pun kat situ, apa ketidaknya, duduk dah dekat 20 minit takde sapa pun yang datang tanya nak makan apa. Nak kata ramai orang pun tidak. Nak kata bz bebeno pun tidak.

Maka kejadian yang sama pun berulang. Sambil dok menanti orang nak amek order tu, aku perati je dorang ni buat keje. Itulah orang nak amek order, itulah orang yang jadi cashier.. itulah orang yang serving... itulah orang yang prepare. Pelik, sedangkan staf aku tengok adalah 4 orang.

Makin pelik.. pelik.. pelik.. orang lain punye order bleh dapat dulu. Bukannya aku mintak set yang pelik2. Set nasi je.. tu punnnnnn berzaman nak sampai. Air pun.. alahai.. aku cuma mintak teh, fresh orange ngan mineral je. Tu pun sampai dah abis nasik baru sampai. Mushrum soup lagi laa... sampai aku pesan ngan budak tu.. bungkus ajela. Hishhh... dulu ada RasaMas ni kat Skudai Parade, tapi tak lama lepas tu tutup. Lar ni bukak plak kat Jusco. Hem... kalau cengginilah cara dorang bekerja... memang aku jamin. Tak lama lagi tutup laaa.

So, ini adalah yang kedua dan yang terakhirlah aku pegi...

Terang2 kat troli tu tulis budak2 tidak dibenarkan diletak dalam troli... hehheheheh aku pedulik hapa... daripada anak aku hilang bertempiaran, biarlah dorang elok dalam ni. Biasa aku amek dua troli, satu untuk orang, satu untuk barang.


Nilaaa kat restoran yang aku cakap tu... hish... anak2 aku sumer dah naik bosan. Yang si ibtisam tu lagi laaa... sampai meja sebelah punye sudu sumer dia sudah angkut.. Orang tu susun lagi... dia pusing belakang dan angkut lagi.. hahahhahahah


Tau plak restoran ni, yang pelanggan akan tunggu lama sampai bosan, dia siap sediakan kuiz lagi untuk pelepas bosan... tu kristal ngan bapak eh tengah settlekan kuiz lah tu..

Yang berdua ni pun dah tahap naik bosan... si zara sampai leh baring2 lagi atas kerusi... aku nak amek gambo terus dia duduk...

Pengajaran sungguh...


2 ulasan:

atty's berkata...

lembab betui ye kedai ni..
kat sini pizza hut..sbb tak cukup staff..tak tau le skrg..dah okeh ke lom servicenya

MiMiEyAnA berkata...

ha ha..klu aku pi mmg aku tr0s order,,bayar,,n angkat dulang sendiri,,baru duduk..nak tgu staff dia mmg be'cinta' la~~~~~