16 November, 2010

Napa mak tak balik??

Aku dapat call dari rumah..

Danial : Mak... mak balik lah cepat hari ini. Besokkan raya, nak kemas-kemas.

Aku : Mak tak boleh balik lah bang, mak balik petang.

Danial : Alar baliklah cepat mak, Roshaidi tu, bapak dia dah balik dah.

Aku : Bapak dia banyak cuti, mak tak banyak cuti. Mak tak boleh nak balik.

Danial : Alar, mak amiklah cuti petang (amboiii kemain ko lagi eh.. siap soh aku amek 3 hours leave)

Aku : Tak boleh bang, last week mak dah amek 3 hours leave sebab bawak adik pegi klinik. Satu bulan boleh sekali je.

Danial : Oklah takpelah. (siannya anak aku)

__________________

Sian anak aku kan?? Memang hati aku meronta nak balik cepat, tapi apakan daya, big bos aku sendiri tak balik cepat. Nak tak nak terpaksalah aku meredhokan diri kat pejabat ni. Tak pernah dalam sejarah aku bertapa kat opis time petang raya. Biasanya aku akan amek cuti.

Tapi cuti aku ada 4 hari je sampai end Disember. 1 hari dah amek e.l masa bbsitter anak aku tu demam awal bulan aritu. 2 hari lagi aku akan amek pada 19 dan 23hb. Sebab danial dijadualkan akan berkhatan on that day. So aku amek cuti pada 23 supaya aku leh monitor dia selama 5 hari. Maknanya cuti aku tinggal sehari je lagi... ohh parahnya.

Barang2 nak masak malam karang aku dah beli semalam. Tinggal lagi aku lupa nak beli kacang tanah ngan gula merah nak buat sambal kacang. Oh ye.. aku nak buat serunding juga. Harap2 malam ni kesihatan aku benar2 pulih. I need a power Queen of The Kitchen. Bleh??

Oh ye.. esok juga aku akan buat kenduri doa selamat sempena Danial nak berkhatan tulatnya. Semoga semuanya akan selamat, dan semoga Danial akan sembuh dengan cepat. Amin.


Tiada ulasan: