23 Disember, 2010

Back to sekolah




Sekejapan je cuti sekolah dah nak berakhirkan.   Bagi mak bapak yang banyak cuti dan tambah lagi banyak duit dalam bank yang tak sempat diperabiskan.. inilah masanya nak bawak anak jejalan.

Dalam pada gitu, ada gak mak bapak yang dok pening pala memikirkan preparation untuk anak2 back to sekolah.  Tahun ini bertambah lagi seorang yang akan kesekolah rendah.

Tahun 2011 ini akan menyaksikan Danial naik darjah 3, sekolah agama pun darjah 3 gak, manakala Kristal baru nak naik darjah 1.  Sebab dia terkecil sket compare ngan budak2 lain maka tahun 2012 baru aku bagi dia masuk sekolah agama.

Aku dok membayangkan siannya pada orang yang anak2 ramai.  Aku yang berdua ni je pun... yuran + peralatan sekolah + duit buku hampir jugak menjejak ke 1k.  Belum 1k lagi.. tapi hampir menjejak..

Tapi alhamdulillah gomen dah bagi wang bantuan RM500, bersyukur sesangat, dapatlah top up mana yang patut kan.  Bagi yang tak dapat tu..... sian kan....

 Aku pening ngan si Kristal.  Punyelah berlambak beg yang menjurus ke arah keperempuanan... beg hok jate jugoookkk jadi pilihan dia.  Sokkkk kalau ko naik sekolah kekawan ko perli ko napa bawak beg BenSepuloh, ko jangan merengek nak tukar beg lain eh.... 

Ni lagi barang2 tambahan.  Model kat belakang tu saja je... Kasut bola tu saja si Danial tepek kat situ, takde kene mengene pun.  Ni baru sebahagian... belum  lagi buku sekolah yang masih dalam plastik merah belum aku cuit lagi.






Tiada ulasan: