Malam tadi aku dapat sms dari A. (helper yang jaga anak aku kat rumah tu). SMS berbunyi begini.. HARI ISNIN NI KALAU KAU TAKDE MASALAH AKU START KERJA SEMULA. Aku tunjuk ngan AbangSayang sms tu. Terus suami
Ada jugak aku mintak pandangan dari senior officer kat pejabat ni.. dorang cakap... TOLONGLAH JANGAN AMEK LAGI.. NOT WORTH IT OK...
Pagi ini baru aku balas sms dia dengan jawapan KAMI SUAMI ISTERI TELAH BERBINCANG DAN MENGHALUSI MASALAH INI. MENGAMBIL KIRA FAKTOR PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI ANAK2 PADA MASA AKAN DATANG SUKAR UNTUK KAMI PENUHI PERMINTAAN ANDA UNTUK ASING2KAN ANAK2. JADI KAMI DAH CAPAI KATA SEPAKAT UNTUK HANTAR ANAK2 KE SKUDAI. SEGALA BARANG2 N BAYARAN AKHIR AKAN KAMI HANTAR KE RUMAH. TERIMA KASIH DIATAS SEGALA BANTUAN SELAMA INI.
Ha... amek panjang sms aku... 2 text sms dihantar.
Alhamdulillah segalanya selesai sudah. Cumanya aku memikirkan nasib si Rushaidi, budak yang A jaga kat rumah aku. Apa akan jadi pada Rushaidi selanjutnya? Perlukah aku cerita pada mak ayah dia. Takut kang A kata aku menyekat rezeki dia. Tapi aku rasa A ni dah lebih kepada tekanan perasaan hingga boleh mengakibatkan kecederaan pada kanak2 dibawah jagaannya. Semoga Allah memelihara anak itu.
Buwekkkk!! Lepas ni dah takde sapa nak tampar saya, dah takde sapa nak tarik kaki saya sampai saya terlentang setiap kali time makan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan