29 Disember, 2010

Urutan Nyala Api??

KUALA LUMPUR: Sebuah premis urut di Kepong, di sini, dikesan menawarkan khidmat urutan pelik iaitu menyalakan api di atas kain yang kemudian diletakkan di bahagian belakang pelanggan yang berbaring sebagai kaedah baru melepaskan tekanan.

Kadar bayaran dikenakan pula RM120 untuk sekali perkhidmatan.

Pada masa sama, pelanggan turut ditawarkan urutan batin dan seks.
Taktik terbaru itu dikesan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bahagian Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman dalam operasi di premis berkenaan kira-kira jam 11 malam kelmarin.

Dalam serbuan itu, seramai 10 wanita warga asing terdiri daripada enam warga China dan empat Vietnam ditahan kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial.

Jurucakap polis berkata, selain wanita terbabit, empat penjaga premis berkenaan ditahan kerana menggaji warga asing tanpa permit kerja di premis berkenaan.

“Premis ini mempunyai lesen urut kaki yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan masih sah.

“Ketika pemeriksaan, polis turut menjumpai beberapa peket kondom dipercayai digunakan bagi tujuan khidmat seks dan tiga pelanggan berada di premis itu,” katanya.

sumber : http://www.hmetro.com.my




ingat berbekam je guna api.. ni dah ada tektik baru ni... ada sesapa berani nak cuba?? jangan terbakar ngan kulit2 ko sekali udah le... dapat plak penyakit baru.. baru betul cari penyakit namanya... 
 

Tiada ulasan: