Cuti Thaipusam semalam aku buat kuih apam. Apam nasik. Resepi ni turun temurun dari arwah tok aku. Tapi aku dah tak ikut sangat resepi dia. Kalau ikut resepi dia, sebutir serbuk penaik pun takde. Dia cuma pakai nasi ngan tepung je. Tapi perapnye sampai satu malam. Pastu pagi nanti dia asingkan satu mangkuk, yang dah diperap tu.. dia buat sebagai ibu untuk buat apam esoknya plak. Tak payah korang nak ikut resepi atok aku yang susah tu... Meh role untuk resepi yang mudah punye.
Bahan:
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
2 sudu teh instant yis (mauripan)
1 1/2 cawan gula
kelapa parut + sedikit garam
Cara:-
1. Blend nasi +air + gula
2. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum + tepung beras + mauripan
3. Campurkan perkara 1 dan 2. Kemudian perapkan selama 3 jam
4. Kalau isi bekas kecil2 kukus selama 15 - 20 minit.
5. Kalau dalam bekas besar kukus selama 1 jam.
6. Kepala parut + garam dikukus selama 5 minit
Bahan:
2 cawan nasi
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
2 1/2 cawan air
2 sudu teh instant yis (mauripan)
1 1/2 cawan gula
kelapa parut + sedikit garam
Cara:-
1. Blend nasi +air + gula
2. Dalam bekas lain, campurkan tepung gandum + tepung beras + mauripan
3. Campurkan perkara 1 dan 2. Kemudian perapkan selama 3 jam
4. Kalau isi bekas kecil2 kukus selama 15 - 20 minit.
5. Kalau dalam bekas besar kukus selama 1 jam.
6. Kepala parut + garam dikukus selama 5 minit
Aku guna acuan puteri ayu, sebab memang takde acuan lain.
Bahagian adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan. Kalau takde kaler, putih saja pun boleh
Susun acuan kedalam pengukus. Dan kukus selama 15 - 20 minit
Tunggu sejuk sket baru kuarkan dari acuan. Ni yang sumbing2 ni sebab tukang masak tak sabar nak umpil
Okeh bolehlah dihidangkan bersama kelapa. Sangat muai, bleh bagi jiran kiri kanan, adik beradik.
Last week aku buat gak apam beras ni, tapi masuk dalam loyang. Kalau orang kukus dalam loyang, kukuslah dalam sejam gitu ye.
Untuk resepi yang lelain sila klik disini ye.
4 ulasan:
ya allah kak... saya suka sgt apam ni tau. kene print resepi akak ni nk try buat la... tq kak muah muah
Elin,
Sila..sila.. jangan memalu...
mende2 mcm ni la sesuatu yg saya xada...
order 400 biji tuk majlis kawin boleh x?
Tanpa Nama,
InsyaAllah boleh, takde masalah.... roger2 saya di YM ye..
Catat Ulasan