Ish..ish.. tak bleh bayang kalau motosikal ngan teksi tu kene penyek.
Pemandu lori ni pun... takkanlah takleh nak budget kenderaan ko gerenti tak lepas... Lesen mana datang??
Kredit to Metro
Lori tersekat bawah jejambat hempap teksi, motosikal
KUALA LUMPUR: Sebuah lori kawalan keselamatan yang gagal melalui bawah jejambat Bulatan Datuk Onn berhampiran Bank Negara, di sini, akibat melebihi had ketinggian ditetapkan terbalik sebelum menghempap sebuah teksi dan motosikal di laluan berkenaan, pagi semalam.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu, pemandu teksi dan pembonceng motosikal terbabit yang berusia 30-an cedera ringan dan sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari lori terbabit mula senget.
Penumpang dalam teksi itu, seorang lelaki warga Iran turut sempat menyelamatkan diri. Pemandu lori terbabit sebaliknya tidak cedera.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning ketika dihubungi, berkata kejadian itu tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.
Katanya, kemalangan itu menyebabkan polis menutup laluan berkenaan bagi membolehkan kerja mengalihkan lori terbabit dijalankan.
5 ulasan:
aiyokrrr
tu ler..t.ak terpikir dek akal waras ku..camner ler lori tu leh tak tahu yg tahap ketinggian lori dia tak melepasi jambatan tu..
nasib ler penungang motor and teksi tu tak mati....
nauzubillah
Entahlah.. dia ingat dia kure2 comei gaknye...
Entah, mana dapat lesen?
lepas tu lari pulak ye.
dah buat salah lari.
Shaliza,
sesilap takde lesen ko...
attys,
ish.. securiforce tu.. bukan syarikat kekecik kan.. buat perangai!
Catat Ulasan