09 Januari, 2011

Lempeng Pisang

Lempeng pisang ni sedap kalau di makan ngan kelapa parut yang telah dikukus.  Tapi kat peti ais takde plak kelapa parut.  Dah berapa dekad aku tak beli kelapa, main beli santan kotak je.  Time raya je aku beli kelapa, tu pun sebab nak buat kerisik.  Tapi makan gitu je pun dah sodappp!

Okey.. kita layan bahan-bahan untuk membuat lempeng pisang  ye.

Bahan2:-
Satu  cawan pisang
Satu cawan setengah tepung gandum
Satu biji telur
Gula pasir (ikut suka)
Air setengah cawan
Minyak masak

Cara:-
1.Blender/tumbuk pisang sehingga hancur
2. Masukkan gula then blend lagi.  Gulanya mengikut cita rasa anda, kalau nak potong kaki cepat... banyak lah sket taruk gulanya.
3.Tuang ke dalam mangkuk, dan masukkan tepung. Kacau sehingga sebati.
4. Pecahkan telur dan kacau2 adunan.
5.  Jika adunan keras, bolehlah masukkan air.
6.  Panaskan kuali leper.
7.  Ratakan sedikit minyak.
8. Letak 3 sudu adunan dan ratakan sehingga ianya menjadi bulat dan lepar.
9.  Terbalik lempeng sehingga lempeng itu masak.

Selamat menjamu selera..!

Untuk resepi yang lelain silalah klik disini ye.



Tiada ulasan: