Bagaimana ye, seseorang yang telah berumah tangga, sudah punye cahayamata, tapi dalam masa yang sama tidak boleh melupakan bekas kekasih
Ye, aku tau, berdosa besar hukumnya bila sudah berumah tangga tapi masih lagi teringat2 si dia. Tapi salahkah aku kalau terkadang, terbayang wajahnya. Bukannya bermaksud aku ingin kembali kepada si dia. Kerana aku tau, si dia pun sudah ada yang punya. Bukannya aku nak test market aku pada si dia. Cuma terkadang aku memang bebetul teringat kat si dia.
Terkadang aku rasa sangat rindu pada dia. Rindu yang bukan sedikit. Rindu banyak! Tapi aku tak pernah pasang angan untuk hidup bersama si dia, kerana aku tau, pasangan aku sekarang adalah pasangan yang sebaik2 untuk ku, w/pun kekadang ada sengketa sebagai penyeri kehidupan.
Mesti ada yang baca entry ni akan berkata, CUBA KO KALAU LAKI KO PUN BUAT APA YANG KO BUAT, APA KO RASA. Iskkk korang tau cakap je... korang tak tau apa yang gelora dalam hati aku ni. Korang kene paham, bukan aku pasang angan2 nak hidup bersama si dia. Aku cuma teringat2 kat si dia je. Cara dia senyum, cara dia menjeling, cara dia merenung..
Apa?? Korang nak report kat laki aku?? Pegilaa... takkan dapatnya laki aku jumpa si EDWARD CULLEN tuu..
Dah laaa... aku nak sambung tengok CD Edward ni...
hehehhehehehhehehehehehehehe..... buang masa?? nasib korang laaaa.... hahahhahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan