05 Januari, 2011

Syukran..

Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar.  Permulaan 2011 yang baik.

Kristal tak menangis kat sekolah, w/pun memula aku sangat berat hati nak tinggalkan dia kat sekolah.  Aku masih lagi anggap dia tu premie baby, tapi alhamdulillah dia boleh menyesuaikan diri.

Danial pun alhamdulillah jugak, semoga kat sekolah baru ni dia akan lebih tekun dan berjaya.

Sekolah ni agak ketat dan aku suka ngan peraturan2 dia yang sangat ketat.  Kat sekolah ni takde pemandangan dimana pelajar bermain kejar2 berlari2.  Cam aku dulu time rehat je main ram-ram brit ketupat jering, anak pak taslim kene gigit anjing, balik rumah terkencing2, emak di dapur masak cacing.  Cehhh!!! apa pasal plak mak kat rumah nak masak cacing???  Tu laaa permainan aku time rehat, belemuiiii..!

Skang ni takde, setiap pelajar dikehendakki membawa buku di tangan. Tak kisah buku apa, janji yang boleh di baca.

So, Danial rehat ngan Kristal, abis makan je dorang duduk berdua, dan Danial akan bacakan buku untuk Kristal.  So Sweet.  Aku bawakkan bekal tetiap hari, duit pun bawak jugak.  Biasanya dorang akan request nak bawak apa untuk esoknya, so mudahlah aku nak prepare. Biasa duit tu akan dorang simpan.  Kekadang belanja gak.

Oh ye... semalam aku teman AbangSayang pegi HighCourt.  Okey keputusannya sudah ada.  Nanti aku cerita kat entry lain ye.

Mood nak letak gambar sangat tinggi.  Tapi hphone dok kat rumah arini.  Huh! Baru dua orang sekolah aku asik tertinggal barang je...





1 ulasan:

atty's berkata...

baguskan peraturan camtu..
tak sabar nak dgr citer pasal highcourt tu..