10 Februari, 2011

Cara mengesan teruna atau tidak


Ok, dah tak sentap lagi dah... nanti cepat tua... nasibleeee wifenavy segera mengingatkan aku..

Yang benarnya... mana boleh buh satu entry je sehari kan??? lagi aku sentap.. hahahahah ok ok dah tak sentap...

Telapak tangan dan jemari aku ni akan rasa merenyam je kalau letak satu entry... minda lagi laaa... rasa cam kekosongan je gitu..

Okeh.. entry kat bawah ni aku kutip dari rumah wifenavy... saja nak share ngan korang.  Sejauh mana kebenaran... wallahualam.  Aku pasti.. yang teruna2 dan spara teruna tu mesti terus baca entry ni sambil menilai diri sendiri... ahhh.. gasak korang... hehheheh

Jangan lah pulak bila ada gf yang lepas baca entry kat bawah ni terus nak sentap2 ngan bf sendiri.... KO DAH TAK TERUNA BANG... U DAH TAK TERUNA... I TAK MO U... U GET OUT...!! Opsss... jangan salahkan mak nyahh... mak tak salah...


 gambar hiasan : teruna idaman

Cara mengesan teruna atau tidak

Berikut merupakan antara beberapa kaedah atau cara untuk mengesan lelaki itu masih mempunyai teruna atau tidak. Artikel ini ditulis setelah dikaji serta membuat carian, perbualan dan perbincangan diantara beberapa orang sahabat lelaki dan perempuan.
  1. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta, gayanya agak "nerd". gemar berlagak untuk menarik pasangannya.
  2. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.
  3. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.
  4. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.
  5. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.
  6. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.
  7. Lelaki teruna terlalu sensitif, mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.
  8. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik, lelaki teruna seperti "kena interview" apabila bercakap dan badannya kaku.
  9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik, mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.
Entri ini tidak sama sekali berniat untuk menjatuhkan kewibawaan lelaki. Lagi pun aku pun lelaki juga. Namun diakui bukan semua cara diatas dapat mengesan seseorang lelaki itu masih teruna atau tidak. Cuma sekadar berkongsi info dan maklumat yang baik berdasarkan carian, perbualan, kajian serta perbincangan. Ada penambahan? Komen la.