07 Februari, 2011

Roti Cekelat





Roti Cekelat



Cuti lama sangat..... dok rumah pun bosan... nak jalan, takde sapa nak offer... kalau ada orang offer pun... teman sekamar pun cam nak tak nak je.... abis nak buat apa lagi?? membizikan diri kat dapur jelaaa..




 
Bahan-bahan
  • 6 cawan tepung gandum
  • 1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 paket (11 gm) yis
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan mentega, dicairkan
  • sedikit pewarna kuning
  • 3 sudu serbuk koko
  • 1 sudu teh bread improver
  • 1 sudu teh perasa coklat
  • 1 cawan tepung gandum (standby kalau doh lembik) 
  • 3 sudu makan cooking coklat yang telah hiris atau patah2kan 
  • 1/4 air panas + 1 cawan gula pasir (air gula untuk topping) 
  • bijan/kismis/badam untuk hiasan 

Cara-cara
  • Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula dan yis. Kacau sehingga sebati dan biar yisnya berbuih sedikit.
  • Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dengan perasa coklat
  • Ayak tepung bersama koko  dan  bread improver
  • Campurkan tepung dengan bancuhan yis + marjerin.
  •  Uli sehingga tidak melekat di tangan. Jika adunan terlalu lembik, boleh tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.  Bila dah ok, tambahkan sedikit marjerin supaya doh tak melekat di tangan.
  • Campurkan dengan cooking coklat dan gaulkan sehingga rata.
  • Perapkan adunan sehingga ia naik dua kali ganda. Bila adunan telah naik dua kali ganda tumbuk doh dan uli lagi.
  • Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 50 gram dan bentukkan bulat.
  • Sapukan loyang bulat dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
  • Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda. Setelah doh naik letakkan sedikit mentega diatas doh roti. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 25 minit.
  • Keluarkan roti dan susun atas jaring.  Curahkan air sirap gula.  Biarkan seketika dan bolehlah simpan roti anda.  Makan masa panas sedap... cicah air pun sedap!






Untuk resepi yang lelain sila klik disini

Tiada ulasan: