18 Februari, 2011

Tarik gelaran


Sultanah Zanariah, Sultanah Nora tidak pernah dimahkota secara rasmi
Gelaran Sultanah ditarik balik
Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.my


JOHOR BAHRU - Dua kerabat diraja Johor, Sultanah Zanariah Iskandar dan Sultanah Nora Ismail tidak lagi membawa gelaran 'Sultanah' berkuat kuasa semalam.

   Gelaran kedua-duanya telah digantikan kepada 'Yang Amat Mulia Tuanku Puan' dengan dibahasakan sebagai 'Tunku Puan' atau 'Tunku'.

   Sultanah Zanariah ialah isteri kepada Almarhum Sultan Iskandar manakala Sultanah Nora merupaka isteri ketiga kepada nenda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

   Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, berikutan itu, mereka kini tidak lagi menikmati segala keistimewaan dan kemudahan seperti mana sebelum ini.

   Beliau berkata, penarikan gelaran itu diputuskan sendiri oleh Sultan Ibrahim setelah mendapat nasihat ahli-ahli jumaah majlis kerana kedua-duanya tidak pernah dimahkotakan dalam satu majlis rasmi kerajaan.

   "Mereka diiktiraf sebagai 'kerabat damping' dan diberi kemudahan mengibar bendera pada kenderaan ketika menghadiri majlis-majlis rasmi", katanya pada siang akhbar di Istana Besar di sini semalam.

   Bagaimanapun, Abdul Rahim berkata, jika memerlukan kemudahan tertentu, kedua-duanya boleh memohon secara rasmi kepada pihaknya untuk mendapat perkenan Sultan Ibrahim.

   Dalam pada itu, katanya majlis pertabalan Sultan Ibrahim dan Raja Zarih Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan sendiri oleh baginda.

   Beliau juga menjelaskan bahawa Raja Zarith Sofiah tidak dipanggil isteri atau Sultanah berikutan baginda masih belum dimahkotakan.

   Beliau menambah, Sultan Ibrahim turut memansuhkan jawtan 'Jaksa Pendamai' (JP) yang dikeluarkan dari 1948 hingga 1980 dan sehingga kini masih terdapat empat orang yang menjawat jawatan tersebut.

   "Jawatan JP itu ditarik serta merka berkuat kuasa semalam kerana ia itdak lagi relevan dengan keadaan sekarang yang mempunyai ramai majistret.

"Kita meminta waran yang diberikan kepada empat orang tersebut dipulangkan semula ke istana kerana bidang kuasa yang ada pada mereka sudah luput," katanya.


Tiada ulasan: