18 Februari, 2011

Inti Kelapa untuk pau impian..


Hish.. kalau weekend ni aku tak sempat jugak nak membuat pau.. haruslaaaa aku nangis golek2 dari pintu dapur sampai pintu depan.

Kelmarin sudah ku siapkan inti kaya, semalam plak sudah ku siapkan inti kelapa.  Waduh.. waduhhh.... malam ini, aku buat inti kacang merah dan inti kentang kari pulak.

Okeh.... meh sini aku kongsi resepi inti kelapa ye...

Masak sehingga kuahnya tinggal serap2 je

Okeh.. sudah siap, sesuai untuk pau dan jugak kuih ketayap



INTI KELAPA (boleh guna untuk pau dan juga untuk kuih ketayap)

Bahan2 (untuk 10 biji pau besaiz sederhana)

1/2 biji kelapa parut (putih saja)
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
4 sudu makan gula pasir (saya guna 2 je.. tak nak manis sangat)
2 sudu tepung gandum
sehelai daun pandan

Cara:-
1. Masak gula merah bersama air sehingga hancur.
2.  Masukkan kelapa + gula + daun pandan
3. Masak sehingga airnya tinggal serap2 aje.
4.  Taburkan tepung gandum dan kacau2kan.
5. Bila ditekan kelapa itu sudah tidak mengeluarkan air, bolehlah ditutup apinya.

*Fungsi tepung gandum ialah untuk mengelakkan ini kelapa itu berderai.

Untuk resepi lelain silalah jenguk ke Apa Di Dapur


1 ulasan:

Nour Akmal berkata...

hye..singgah cni..
nice entry..

jom join GA first blog saya..leh dapat topup free..huhu..=)

http://jarijemariemas.blogspot.com/2011/02/jarijemariemas-first-giveaway.html