25 Julai, 2011

Careful girls!

Aku berpk 24 juta-juta-juta kali nak post entry ni... tak post kang rasa cam berdosa menganiaya sesama makhluk... bila post kang.. ish...

Gini citanya... biasalah orang pompuan ni kan... bila dah weng2 je.. mood tak berapa nak baik.. mestilah mengandung ada maknanya kan..... kalau aku  memang takde makna lainlaaa selain dari naik bendera jepun separa tiang.

Nak dijadikan cerita stok kat rumah tak berapa lah nak banyak, tu pun saki baki penggunaan dari bulan lepas.  Maka kebetulan En. AbangSayang nak pegi ke kedai.  Maka aku kirimlah ngan beliau.  Biasa aku pakai brand Laurier atau Libreze.  Tapi aku tak nak bagi spouse aku tu pening.. aku cakap.. tak kesah brand apa pun bang.

Balik rumah dia belikan aku yang sampul kaler biru.  Korang bleh tak agak brand apa?? Alarrrr brand K***X.

Besoknya bila stok bulan lepas dah abis, aku pun bukaklah yang brand K***X ni.  Aku bukak je sampul dia, aku sangat terkejut.  Memang tabiat aku suka belek2 tenung2 mendealah tu.  Dari dulu sampai laaaa skang ni.  Memang itulah tabiat aku yang memang tak boleh blah.  U olllzzz... tak sesia ok perangai buruk aku tu.

U know what!!!!! Hatta terbuka je sarung dia, aku lihat... OOOHHHH!!! EEiiuuuuuwwwww yakkhhh!!! Pad itu tidak bersih u olzz!!.... Macam dah ada kekotoran disitu.  Eiuuuwww sangat menggelissskann.  Skang ni pun aku ada rasa nak termuntah bila terbayang balik pad itu.

Aku memang pernah dengar ada cita mengatakan semua pad ni dibuat menggunakan barang2 kitar semula. Itu kata orang2 yang jual pad herba. Tapi tak kira lah korang guna kitar semula ke hapa.  Tapi takkan lah produk yang dah lama berzaman kat pasaran ni boleh tak menjaga kualiti dia.  Makan gaji buta ke hapa??  Eiuuuwww pening pala aku ni sebab nak termuntah.

Meh korang tak percaya kan.. .korang tengok gambo... korang boleh muntah secara berjemaah ngan aku lepas ni..



Haaaaa geli tak??? Dahhhh kalau korang dah bleh teka brand apa yang mula ngan K dan berakhir ngan X baik korang abaikan produk ni.  Beralihlah ke produk lain.  Tak pun korang beralihlah kepada produk zaman tok nenek dulu... Pakai kain tebal2. Hahahahah

Wehhh sapa keje spital?? Aku nak beli pad spital laaaa, rasa lebih jamin dan selamat.

2 ulasan:

Elyn Sani berkata...

Ieuwww geli nye! Akak ptt buat komplen gini mana tau leh dpt ganti rugi...

Tanpa Nama berkata...

http://technologiesuae.com/#2938 xanax bars withdrawals - xanax generic walmart