11 Julai, 2011

Selamat Pengantin Baru Atai Weng...

Hujung minggu sudah adalah hari yang sangat membizikan buat diriku dan jugak koloni aku.  Adik aku menikah. Disebabkan pengantin pompuan pun dok Eco-Living gak.. maka rumah aku dijadikan markas untuk sumer sedara mara berkumpul.

Gila ko... dah le rumah aku tu aku buat laksana hotel, kuar pagi balik petang, tu pun kalau nasib baik.  Kalau nasib tak baik... sampai rumah dah malam... mana ada masa aku nak beriya2 serius amat mengemas.   Asal clear depan bijik mata sudah.

Jadiknya hari Jumaat aku amek leave.  Buat 5s terus.  Tak pernah2 umur aku rasa rumah aku sangat bersih.. hatta kalau semut berjalan kat atas lantai pun berjuta2 kali boleh tergelincir ok.  Disebabkan rumah aku jadi markas, maka aku dengan rajinnya telah membuat bunga rampai, bagi mengharumkan kediaman aku.  Biar ada cam bau2 pengantin sket.

Jom layan gambo lah pulakk..

Sebahagian suku sakat yang ada kat dalam rumah.  Selebihnya lebih betah di luar rumah.

Karipap kentang hand made untuk tetamu yang bertandang

Apam gula hangus yang sangat lembut dan gebu juga dari tangan ku sendiri

Tembikai kuning yang dibeli oleh AbangSayang... letak dalam peti ais... sangat sedapp

Mee hun goreng yang di goreng oleh Bidasari Ayu,  telur dadar sama sambal tumis ikan bilis lupa plak aku nak snap
Pengantin  sedang bersiap sedia... 
Sedang aku bz  ngemas rumah hari Sabtu, tetiba Bridal Kayangan tepon.  Mintak tolong buat beras kunyit ngan bunga rampai untuk renjis pengantin.  Small the matter lah Kraf.. 10 minit sudah siap.


2 ulasan:

attyfir berkata...

terliur nengok karipap tu..post ar kt kty skit.

LayarLara berkata...

aisehhh sampai kat ktys dah lembik kot...