13 Julai, 2011

Kacang Pool Haji

Semalam petang pegi Larkin, aku amek 2 hours leave kerana nak membayo upah guaman.  Pergi of coz lah ngan Natural Spirit.

Selesai sudah urusan kami berdua terpikir2 mana lagi mau pigi.  Jam baru menunjukkan ke angka 16.15.  Jom pegi Plaza Larkin.  Pertama-tamanya kami tuju ke First Lady.  Hallohhh...halloohh...hallohhh... terbuntang2  dua pasang bijik mata.  Ko tengok tu.. aku amek ni... ko tengok tu... aku amek ni.  Ekceli aku relax je... Yang hover si Natural Spirit tu laaa... habis satu kedai dia round.  Hujung2 dia sambar gak lah dua pasang blouse.  Nasib dia sambar... kalau idak mesti salesgirl tu bengkek je.

Aiseh perut lapor plak.  Maka kami pun singgah makan kat Plaza Larkin tu.  Dari tahun lepas aku dok terbayang2 cemanalah rupe kacang pool yang dorang dok heboh2.  Aku tanya ngan AbangSayang, dia kata tak sedap.  Hemm... ayat yang benonya dia malas nak bawak aku ke Plaza Larkin.  AbangSayang kan mana suka pegi tempat2 shopping complex ni.  Euuuwww sangat bukan aku ye....

So, alang2 dah sampai aku pun singgahlah makan itu kacang pool.  Aku pelik... bukankah pool itu maknanya kolam... nama ejaan dia bukan pol eh??   ahhh gasaklah..

Cik Natural Spirit ni memang bz sesado.. sesekejap tepon bunyik.. sesekejap sms... 

Gerai Kacang Pool Haji.  

Kacang Pool ini dimakan bersama sekeping Roti Bakar yang tebal.  Rotinya garing dan lembut.  Rasa kuah kacang pool ni seakan2 kuah spagethi.   Dalamnya ada diletakkan beberapa ketul kacang pool.  Ada cili potong, ada limau dan juga telur mata.  Dari 10 bintang aku bagi dia 7 bintang.  Napa?? sebab kuah dia sket.  Roti ngan kuah adalah tidak berpadanan. 


1 ulasan:

Papa-NtiQ berkata...

baru je weekend lepas pegi kat plaza larking ngan famili makan kacang pool nih...best kan....makan masa breakfast lagi sedap. Gambar2 dah download dalam blog saya nanti jenguk la ye kat www.blogmakanbest.blogspot.com dan ermmm register follower yer TQ TQ hehe...thanks