14 Julai, 2011

Apam gula hangus

Apam Gula Hangus... sangat sedap bila dimakan... sangat lembut... nak2 bila letak dalam peti ais.. makan sejuk2... num..num..num...

Jom share resepinya!

Bahan2:-
1 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu manis
1 cawan air
1 sudu teh serbuk penaik
6 biji telur

Cara-cara:-
1. Gula dihanguskan.  Bila dah habis hangus semua, tuangkan 1 cawan air dalam gula yang telah hangus.  Kacau biar gula yang terbeku itu larut.  Tutup api dan sejukkan.

Campurkan satu cawan susu manis dengan telur 6 biji.  Jangan dipukul, cukup sekadar dikacau supaya kuning telur itu pecah.

Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik dan masukkan kedalam adunan susu dan telur

Masukkan gula hangus yang telah sejukkan pada suhu bilik kedalam adunan.  Kacau2 biar sebati.

Sapukan loyang dengan sedikit marjerin.  Kalau takde marjerin, minyak pun bolehhh

Tapiskan adunan kedalam dalam loyang yang dah siap dilengser dengan marjerin.  Adunan kene tapis sebab  adunannya berketul2.  Masukkan dalam pengukus yang dah dididihkan airnya.  Kukus selama 1 jam.  Kalau pengukus korang jenis pengukus biasa, tutup kukus kene ikat ngan kain.  Kalau kukus korang brand yang mahal, tak perlu diikat dengan kain.

Biarkan bebetul sejuk pada suhu bilik baru boleh di ngap.  Cam biasa aku buat malam, then siang boleh di makan dengan aman.  Tapi aku tak sempat tunggu sejuk pun... dalam 20 minit dah kuar dari kukus... terus aku potong sket... nak test quality lah katakan.. 

Selamat menjamu selera. Untuk resepi  mudah yang lelain sila klik kat sini

2 ulasan:

attyfir berkata...

pos skit kt kty ..heheehhehe

shaliza berkata...

kak dah cuba dah...bekas terkecik so terkeluar la sikit...tapi ok cuma rupa tak berapa nak ok..huhu sedappppp