05 Julai, 2011

Tepung Gomak

Korang pernah tak masa kekecik lepas mandi pakai bedak bebanyak.... then orang sound ko seperti ini

"Wuuuiiii putihnya muka kooo... macam Edward Cullen tepung gomakkk!!"

Haaaaaa aku tau certain orang tak tau gepung gomak tu hapa menatangnya......

Heheheheheheh.... wokeh bulan lepas aku buat kuih tepung gomak.  Tu pun atas permintaan kakak aku Bidasari Ayu.

Meh kita tinjau apakah bahan-bahannya.

Inti:-
1/2 biji Kelapa parut
6 sudu Gula merah (aku ganti ngan brown sugar) * ini ikut suka korang, kalau nak cepat potong kaki letaklaaa bebanyak
1 sudu tepung gandum
Air secukupnya
Sehelai daun pandan

Cara-Cara masak inti:-
1. Masukkan kelapa n air.  Kelapa itu haruslah serap je ngan air.

2.  Masukkan brown sugar atau pun gula merah dan daun pandan

3.  Masak sehingga airnya menyejat.  Masa ni korang boleh rasa manisnya cukup ke idak.

4.  Korang jangan masak sampai kering macam serunding tu pulak, kalau boleh lembap2 sket.  Nak tau lembap ke tidak, korang cuba tekan sudip kat kelapa tu ada kuar air sket tak... haaa consider lembap lah tu.  Then korang letak 1 sudu makan tepung gandum.  Fungsi tepung gandum ni ialah untuk mengikat inti korang, jadi takdelah dia jatuh berderai masa nak bubuh kat tepung gomak nanti.

Okeh meh kita tengok bahan2 untuk tepung gomak

1. bungkus tepung pulut (lebih kurang 30 biji)
2. Tepung kacang hijau yang sudah siap digoreng
3. Satu piring kecil minyak masak
4. Air 
5. Sedikit garam

Cara-cara:-
1. Bancuh tepung pulut dengan air + garam.  bancuh sedikit2.  Korang pernah main plastesin tak??  Haaa bancuhan korang mesti lembut sket  dari plastesin tu.  Jangan keras nanti susah nak kepal, jangan lembik sangat, pun susah nak kepal.

2. Sambil2 tu didihkan air dalam periuk besar.

3. Sebelum korang nak kepal2kan kulit dia, korang sapu tangan dengan minyak sket, supaya tepung pulut tu tak melekat kat tangan.

4. Ambil sekepal atau ikut suka korang bulat2kan dan leperkan.  Bubuh inti kat tengah dan tutup semula

5. Terus masukkan dalam air yang dah mendidih.  Kuih korang akan tenggelam.  Bila dia dah bebetul masak nanti dia terapung, bolehlah diangkat dan di toskan.

6. Tunggu kering sedikit dan bolehlah korang golek2kan kat dalam tepung kacang hijau.

Sekian... blehlah dimakan.


Proses menyiapkan kuih tepung gomak

Tepung gomak yang siap sedia untuk dibaham oleh mereka2 yang pelahap.. hehehheheh sedapp... kenyalll.... 

Untuk resepi lelain sila klik di Apa Di Dapur

Tiada ulasan: