04 Ogos, 2011

fuuuuuu!!! nasib baik...

Aku bulan pose ni still gak masak pepagi bute.  Malah lebih pagi dari bulan tak pose.  Aku masak satu lauk je, so petang nanti aku tinggal top up satu lauk je lagi.  Sebabnya Ibtisam ngan Zahra kan belum boleh pose lagi.  Takkan aku nak masak seciput je... masak seciput pun prosedur dia sama gak.  Jadi terus masak banyak la..

Semalam waktu sahur aku masak Kentang masak lemak.  (Didalamnya ada kentang, carrot, kacang dhal, cendawan kemeh, suh hoon, tauhu kering dan telur) dan aku bakar ikan.  Ikan tu aku bakar tak banyak pun untuk sahur dan untuk makan t.hari bebudak dua orang tu.  Just 2 ekor je.  kang balik nanti aku top up lagi.  Ikan bakar makan sejuk tak berapa sedap.

AbangSayang tak keje semalam.  Jadi dia volunter jaga anakanda yang berdua tu.  Sebelum gi keje aku sempat pesan... BANG, JANGAN LUPA HANGATKAN LAUK TU T.HARI NANTI.  SAYA MASAK PEPAGI BUTA, TAKUT TUNGGU PETANG KANG BASI PULAK.  Jawapan dari laki aku adalah.  YE.

Sekali tu.. aku balik petang aku tengok lauk tu dah berbuih halus2.  Aku tanya AbangSayang.  ABANG TAK HANGATKAN LAUK KE? dia diam je.  TAK HANGATKAN KE?? BASI DAH LAUK TU.  SAYANG TAU, SATU PERIUK BUANG GITU JE.   Memang aku agak kesal bila tengok lauk tu cenggitu.  Penat2 aku masak pepagi buta, bukan aku suruh dia masak pun, aku mintak tolongkan semula je.  Tu pun laki aku tak buat.  Mak sedih nok.

Aku kuarkan ikan caru dari peti ais, nak bakar.  Sedap woo kalau makan ikan bakar ngan kentang masak lemak tu... tapi hampa.  Aku malas nak pk, aku terus buat kuah yong tau fu dan masukkan segala perabahnya.  Cepat dan mudah, tak perlu tumis segala, just rebus je.

Then aku amek kuali leper.  Aku angkat cerek air ketepikan.  Skali aku tengok cerek aku dah tak serupa cerek lagi dah.  Cerek aku yang sebelum ni cantik berkilat dan jadi itam.  Bontot kuali pun kalah.  Yang lebih haru penutup pemegang penutup cerek tu pun dah takde.  Tapi aku nampak ngan jelas kesan penutup tu dah cair.

Aku tanya AbangSayang... BANG KENAPA CEREK NI RENTUNG???  Laki aku dengan selamba cakap ABANG TERTIDO............. What?????? (aku jerit dalam hati je)  Aku tarik nafas dalam2 dan geleng2 pala je.  Laki aku ni pesen, bini tak boleh bising kalau dia buat salah.  Kalau aku buat salah, dia punye khutbah panjang... kekadang berlarutan siap berepisod sampai seminggu.

Aku diam je.  Kesal ngan kealpaan laki aku.  Bukan cerek yang hitam tu aku kesahkan.  Tapi nyawa2 yang dalam rumah tu.  Kalau dah tau nak tido, buat apa masak air.  Ko nak bakar rumah ni sekali ke bang??  Cerek tu kalau jenis bunyik takpe.  Ni cerek orang kampung.  Orang kampung pun dah pakai cerek letrik.  Dan satu lagi hobi AbangSayang adalah kalau dia hidupkan api, fuuuuhhhhhhhhhh memang gajah pun boleh rentung dalam sekelip mata.

Aku memang tak boleh nak sound2 laki aku.  Sebab laki aku ni pesen tak bleh terima nasihat dan pandangan orang.  Dia aje yang betul.  So sebagai tanda aku protes ngan apa yang telah dia lakukan, aku zip mulut.  Selisih bahu aku tak tengok muka dia.  Dia tanya pun aku jawap main 'hem.. haah'

Namun begitu malam tadi aku gi Skudai, sempatlah aku sound, tu pun sebab AbangSayang cakap nak beli cerek bunyik. Aku cakap, kalau memasak tak perlulah nak bukak api besar2.  Bukak kecik pun masak gak.  lagipun bukak api kekecik ni, jimat sket gasnya.  Pastu laki aku kata aku ngarot.  Hish... doktor nak diajarnya makan ubat.  Pastu sebagai penutup bicara aku sound dia.  SAYA NI BANYAK MEMBACA, DAN SAYA SUKA MEMBACA.  LELEBIH LAGI SEGALA TIPS PENJIMATAN TENAGA MEMANG MENJADI KEUTAMAAN SAYA.  SAYA BERCAKAP BUKANNYA OMONG KOSONG.

Geram aku... memang sungguh.  Sebelum aku mengamalkan tips penjimatan elektrik.  Bil aku jejak RM70.  Tapi lepas aku amalkan penjimatan, bil elektrik aku paling tinggi pun RM40.  Tu pun laki aku kata aku omong kosong.  Bukti sudah ada maaa...

Cerek yang cantik dah jadi rentung dan cacat.  Ni gambo setelah disental... Sampai cair penutup  belah atas cerek tu.  Korang pun leh agak kan cemanalah punyelah lama dibiarkan air dalam cerek ni kering.


1 ulasan:

shaliza berkata...

nasib baik takder yang teruk jadi...