05 Ogos, 2011

What??? It is not??

Konpius... konpius... konpiuss..

Termenung sekejap...

Konpius...konpius..konpius...

Ok, those yang pernah baca entry aku bertajuk Psoriasis mesti dah tahu yang aku penghidap psoriasis.

Hem.. semenjak keje kawin adik aku bulan lepas tangan aku yang kene serangan tu sangatlah gatal bukan kemain.  Sehingga mengundang nafsu untuk menggaru... garuk..garuk..garuk.. kekadang sampai melecet aku garuk...

Kekadang aku tak garuk.. tapi aku gosok2 manja.  Tapi bila tahap gatal... takkan nak garuk je kan... ada satu peringkat tu sampai aku amek iron, aku tekap kat towel kecik, then aku lekap plak towel yang dah panas tu kat tangan aku.   Fuuhhhhhh best... dalam hati berkata.. matilah hendaknya ko psioriasis.

Dah le yang kene tu tangan kanan.  Isk.. kalau tangan kiri tu blehlah aku sorok2kan.  Ni kene tangan kanan.  Tangan yang nak menghulurkan salam plak di hari lebaran.  Abis..abis jatuhlah saham aku.  Yeee apa ingat anak empat dah takde saham ke?? hehehheheh...

So aku amek keputusan untuk pegi spital.  Lar ni aku baru je balik dari spital.

U know what???? Doc cakap... this is not Psioriasis.... this is fungal infection.

What????????????????????????? Memang aku dah agak pun, sebab keadaan dia makin merebak, tapi tidak sekata.  Dia lebih berbentuk cincin.  Kalau aku psoriasis part body lain mesti kene gak. Tapi ni setempat kat situ je.. cuma circle dia lebih besar.

Dalam pada terperanjat boboi tu aku memanjatkan syukur gak kalau ianya sahih bukan psioriasis.  Takpe.. aku cuba dulu ubat yang sepital tu bagi.  Bukan bagi apa pun... cuma krim sapu antifungal je.

Tapi... apa jadi ngan sistem badan aku ye kalau memang confrm aku tidak psioriasis.. sedangkan aku telah mendapat injection psioriasi kekira 3 bulan lepas...

Ohhh confiusss lagik...  nasib baik laaa confius tak membatalkan pose...


Tiada ulasan: