10 Ogos, 2011

Gaot : Diet Rendah Purin

Entry ini adalah rentetan dari entry What?? It is not??.

Alkisahnya masa aku dalam bilik rawatan.  Ada sorang pompuan cina tua, dia ada masalah sakit sendi atau lebih dikenali dengan perkataan GAOT.  Sebelum nyonya tu balik, doc bekalkan dia ngan flyers berkaitan Gaot.  "Jangan tak baca ye..." pesan doc tu.  Anak si nyonya tu balas balik "mesti..mesti"..

Lepas nyonya tu.. turn aku.  Abis je sesi meluah perasaan dan mintak time slip, aku tanya doc tu.. "Boleh tak saya nak mintak flyers berkaitan sakit gaot tu".. uiihh dengan senang hati doc tu bagi.  Bukan sakit gaot je, malah darah tinggi dan diabetes pun dia bagi gak.  Doc tanya aku "Uric acid awak tinggi ke??" aku jawab... "Eh.. takdelah doc, saya just nak melebarkan lagi pengetahuan"..

Okeh.. meh aku kongsi maklumatnya ye.

DIET UNTUK PESAKIT GAOT

Diet Rendah Purin.
Diet ini dikhaskan bagi pesakit yang mempunyai asid urik yang tinggi dalam darah (hyperuricemia) atau Gaot. Oleh itu diet ini adalah untuk mengawal sumber makanan yang merupakan pembentuk (prekusor) asid urik iaitu purin.  Purin adalah sebatian nitrogen yang mana pemecahan dalam badan akan menghasilkan asid urik.  Gaoit adalah keadaan keturunan ketidaknormalan metabolisma purin.  Biasanya asid urik akan dikeluarkan bersama urin (air kencing) tetapi bagi pesakit gaot ianya dimendakkan di sendi-sendi menyebabkan teramat sakit terutamanya di bahagian kaki.

A. MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN DALAM DIET
1) Hati, buah pinggang, perut, otak dan lain-lain organ dalaman haiwan. (ni memang tak bagus sebab aku rasa organ dalaman ni merupakan filter pada kekotoran dalam badan, dah tu kita nak makan filter tu... wat pe kan??)
2) Ikan-ikan kecil seperti ikan bilis, sardin.
3) Pati daging seperti Bovril (bovril ni ada yang suka makan ngan bubur)
4) Jenis-jenis kekacang seperti dal, kacang peas, kacang soya dan hasil-hasilnya seperti taufoo, taucho, air kacang soya. (i pecinta kacang..)
5) Sup-sup daging dan kuah-kuah (i juga pecinta sup)
6) Sayur-sayuran seperti bayam, cauliflower, peas, cendawan, asparagus, kentang.
7) Roti wholemeal, bemax, biskut Ryevita, roti rye, par boiled rice.
8) Kopi, teh, coklat dan koko

B. BOLEH DIAMBIL DALAM AMAUN YANG KECIL
Pengambilan protein sehari tidak lebih dari 1gm/berat badan yang sesuai/hari
1) Daging selain dari yang dinyatakan di atas @ sumber protein dari tumbuhan (Kacang) seperti tauhu.
2) Ayam
3) Ikan dan kerangan laut

C) MAKANAN YANG BOLEH DIAMBIL
1) Sayur-sayuran selain dari yang dinyatakan di atas.
2) Susu, keju, telur, telur ikan.
3) Roti Putih
4) Buah-buahan
5) Mentega, lain-lain lemak, manisan dan gula

Nota:
1. Bagi pesakit obese, perlukan penurunan berat badan oleh itu perlu kurangkan pengambilan mentega, lemak-lemak serta gula.
2. Tingkatkan pengambilan air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
3. Kurangkan pengambilan alkohol dan lemak kerana akan meningkatkan asid urik dalam darah yang mana akan menyekan perkumuhan urate oleh ginjal (buah pinggang)

Sumber : Jabatan Makanan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

-------
Ok, done!  Next entry nanti aku share pulak diet untuk diabetes dan darah tinggi ye.  Bukan apa, kekadang kita ni sendiri macam tak pasti apa yang boleh ambil apa yang tak boleh kan.  Takkan dah dapat penyakit baru nak berjaga-jaga.  Sementara masih sihat ni lah kita kene prihatin ngan apa yang kita ambil.  Lelebih lagi dah masuk usia muda-mudi pertengahan cam aku ni kan.

Untuk lelain tips kesihatan bolehlah korang selongkar ruangan Cantik & Anggun

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Thanks for one's marvelous posting! I truly enjoyed reading it, you're a great author.
I will remember to bookmark your blog and will eventually come back very soon.
I want to encourage yourself to continue your great job,
have a nice morning!

My web blog - only the best review

Tanpa Nama berkata...

What's up everybody, here every person is sharing these knowledge, so it's good to read this webpage,
and I used to pay a visit this weblog everyday.


Feel free to visit my site; best reviews

Tanpa Nama berkata...

I believe what you composed was actually very logical.
However, what about this? suppose you typed a catchier
title? I mean, I don't wish to tell you how to run your website, but what if you added something that grabbed folk's attention?

I mean "Gaot : Diet Rendah Purin" is kinda vanilla.
You ought to look at Yahoo's front page and note how they create post titles to grab viewers to click. You might add a related video or a pic or two to grab readers excited about everything've written.
Just my opinion, it could make your blog a little livelier.


Here is my web page: best reviews