03 Ogos, 2011

Seksanya...

Seksa... memang seksa... berat lagi mata memandang.. berat lagi bahu memikul...

Alkisahnya tandas kat bangunan aku ni repair.  Repairnya bukan sekejap2 anak... selama2 bapak.  Apa tidaknya, tarikh repair sehingga November 2011.  Tahan tak ko?

Bangunan aku ni 4 tingkat.  Aku dok tingkat 3.  Tingkat 3 punye tandas memang total tak bleh guna sebab 100% renovation.  Kalau nak guna, samada ko naik tingkat 4 atau ko turun tingkat dua.  Tapi ada kalanya tingkat 4 tak leh guna renovate kecil2an.. adakala tingkat 2 takleh guna.  Ikut suka hati dia nak renovate.  Ish.. sudahkanlah satu2.

Kat tingkat 3 ni ada satu bilik air khas untuk VVIP.  Tapi tandasnya satu je.  Sinkinya dua.  Bayangkan aje cemanalah orang level 3 nak berebut2.  Tu belum ceri beri... kalau ceri beri... sampai menggigil laaa kelapa lutuk ko..

Eh... apa pepagi cita pasal tandas ni? heheeehh sebab... pepagi aku dah sakit perut..

Korang masih pose ke?? Alhamdulillah aku masih berpose.  Bulan pose ni rutin bangun pagi tu jadi bertambaahhh pagi.  Biasa jam 5 atau 4.45 baru bangun.  Tapi ini bulan kul 4 dah bangun.  Masak nasi, masak lauk.  Hari ini sahur aku masak kentang masak lemak n ikan bakar sama sambal cicahnya.  Tapi aku sahur roti bakar 2 keping sama satu mug coco collagen n sebiji kurma je.  Aku tak berselera nak makan nasi atau lauk pauk.  AbangSayang perli2 aku... TU TAKUT BAJU RAYA TAK MUATLAH TU.... elehhhhhhhhh... perli2 pulak... ko ada belikan aku baju raya ke??? takde kan??? takde kan???

Mak masih mood sentap.  Ye.. memang.. aku bekerja.. bleh beli baju sendiri.  Tapi kan tanggungjawab suami untuk menyediakan makan pakai, tempat tinggal untuk isteri.  Bukan tetiap bulan aku mintak baju.  Aku mintak baju untuk raya je.  Tapi ada dia kesah... isk...isk..isk..

Hari ini AbangSayang tak kerja.  Dia dapat MC 2 hari.  Sebab infection kat tekak dia tu.  Jadi hari ini aku akan berbuka di Eco Living..

Sekian.

Tiada ulasan: