02 Ogos, 2011

Takde tajuk

Entry ni takde tajuk... sebab tak tau nak letak tajuk apa.. hahahhaha..

Alhamdulillah hari ni masuk hari kedua umat Islam berpuasa.  Danial lulus pose sampai ke waktu berbuka...

Kristal plak.. sampai jam 12 t/hari je.  Tu pun dia kantoi sebabnya dia follow aku gi dapur, amek nasik untuk suap ibtisam ngan zahra.  Dia bleh capai telur dadar dalam tupperware.  "Kakak kan pose, mana bleh makan dan minum.  Belum waktu buka lagi."  "Memanglah kakak pose, tapi kakak  nak rasa satu kali je, nanti kakak sambung lah balik pose"... boleh gitu??  Tahun ni tahun pertama Kristal berpuasa, takpelah semalam sampai jam 12.. harap2 sok lusa bertambahlah jam dia tu...

Semalam berbuka kat rumah Betaraguru... kitaorang sumer berpakat sorang datang bawak satu menu saja.  Bukan apa.. takut lambakan makanan...  Cadangnya aku bawak Yong Tau Fau, Natural Spirit bawak lauk ayam, Bidasari Ayu bawak RAHSIA katanya.  Betaraguru aku cakap "mak masak nasik je udahle ngan kuih chara".  Ain dia kata nak buat kuping gajah.

Tapi masa berbuka semalam lain jadiknya.... menu telah berubah...

Aku : Yong Tau Fu seperti yang aku janjikan dan aku tambah ngan karipap ayam kentang.  Karipap ayam tu menjelma sebab anak2 sedara aku request.
NaturalSpirit : Seperti yang dijanjikan lauk ayam, rendang ayam nogori sembilan yang telah dijohoriankan dan popia daging.  Tak in laaa popia letak inti daging.. sayurlahhh lengkali... tapi habis gak.. hahahhaha
BidaSari Ayu : Rendang piau Nogori Sembilan.  Kan dah ada dua lauk ayam... rahsia sangatlah tu... Kan dan redunden. Takpe.. belasah.. makan je. Tapi aku tak leh telan rendang dia, sebab aku origin Johor.. hehheheh. Tauhu goreng dan tempe goreng juga.  Oh ye.. beliau bawak puding caramel terlembik sangat dan Jelly kelapa yang aku, NS dan Ain tempah.  Total kita orang tempah 30 cup.
Ain : Tiada kuping gajah kelihatan... tapi dia ganti ngan tugasan membuat air kopi o, milo dan sarsi.  Okeh boleh dimaafkan.
Betaraguru : Masak nasik (7 pot kooooo) + sayur kobis goreng dan kuih chara.

Makanan adalah tiada pembaziran.  Sebab memasing bawak cam potluck gitu, takde berlebihan pun.. Yang berlebihan hanyalah NASIK! hahhahahah sumer pakat2 tak makan nasik.  Sumer dok meratah lauk dan makan kuih2 je.  Tu je dah kekenyangan.  Tu belum masuk air lagi.   Sebagai memujuk hati Betaraguru, aku bawak balik 1 pot.  hehheheeh tapi tu pun sahur tadi tak bercuit.

Tapi semalam lepas buka dalam 8 lebih aku dah terus balik Eco Living.  AbangSayang demam.  Demam yang panas sangat.  Makan panadol 650 dua biji pun tak kebah.  Kebah pun sekejapan saja.  Tu takde lain lah tu mesti sakit tekak.  AbangSayang ngan Danial memang sama je... kalau demam memang takde lain.. infection kat tekak.  Aku ni je yang jarangggggggggggggggggggggg demam.  Sampai cemana rasa demam pun aku dah lupa.   Gaknye kalau aku demam terus innalillah kot.  Takpe.. aku doa supaya aku kekal sihat supaya kalau dorang sakit aku bleh jadi nurse.  Tapi aku rasa aku kekal sihat selain dengan izin Allah adalah dengan corak dan gaya pemakanan aku yang sihat selain mengamalkan Apple Cider/Kurma, green tea.  Haaa bolehlah korang search kebaikan mengambil makanan sampingan tu ye.

Ehhh... dalam takde tajuk.... bleh panjang plak entry aku ni eh...

Selamat berpose semua... Fish is ikan.. Time is masa.. Jangan curi makan, ini kan bulan pose!.. hehheh

Time mensoping baju raya hari Ahad lepas.  Kosser aku nak belanja bulan pose.  Bulan pose nak penuhkan ngan ibadah... cewaahhhh...  Ibtisam tak bleh blah perangai, dia ingat bapak dia masuk fitting room tu nak buang air gaknye... dia siap jerit.. "Ayah.... nak berak!"... siap duduk pastu bleh ngintai dari luar pulak.  Nasib Kristal ngan Danial ada tolong tenangkan dia.

Tak puas hati lagi ibtisam.  Dia soh kakak dia bukak pintu gak.  hahahahah Mak dia bok pe?? Sebab AbangSayang takde tanya pun kat aku... U NAK BAJU MANA.. maka aku tak amek port pun.. aku just tengok je... hahahah kejam kan??  Pastu aku tunggu kat luar kedai je.  Punyelah besar Angsana, memacam adoo... tapi tak terlintas pun kat mulut laki  aku tanya aku nak apa... yang kuar dari mulut dia adalah... DAH TAKDE BARANG NAK BELI LAGI KAN??  Huh... kang aku menjawab kang terus pitam 


Tiada ulasan: