Memaparkan catatan dengan label Cantik N Anggun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cantik N Anggun. Papar semua catatan

09 Februari, 2011

Kebaikan Vitamin C


Okeh aritu aku ada cita pasal pengambilan supplement kan?

Hari ini aku nak berkongsi tentang kebaikan mengambil vitamin.  Kita mulakan dengan kebaikan mengambil VITAMIN C

VITAMIN C – ANTIOKSIDAN UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT.

Suntikan vitamin c telah digunakan sejak tahun 40'an bertujuan menyembuhkan penyakit kulit, proses penuaan adalah disebabkan oleh radikal bebas dan faktor usia, akibat dari tindak balas radikal bebas tersebut menjadikan kulit kita rosak,kusam,berkedut-kedut serta muncul pigment-pigment hitam pada kulit.fungsi vitamin c adalah sebagai bahan antioksidan untuk melawan radikal bebas didalam badan kita. vitamin c juga meningkatkan daya ketahanan dalam tubuh kita serta mempercepatkan proses pemyembuhan sekali gus meningkatkan jaringan kult menjadikan kult awet muda. vitamin c dgn fungsi antioksidannya berperanan meremajakan kulit, mencegah penuaan akibat serangan radikal bebas serta menghalang sinaran matahari yg bole menimbulkan gangguan kulit.proses terakhirnya menjadikan kulit lebih sihat,cantik,bersih,bersinar dan cerah.

1)Vitamin c adalah sebatian organik yang diperlukan didalam tubuh setiap hari, vitamin c dapat menguatkan keupayaan tubuh kita menyembuhkan penyakit.

2)Kekurangan vitamin c menyebabkan collagen yang c lemah dah tidak sihat, menyebabkan pemulihan kulit yang lambat. kekurangan yang berpanjangan akan menyebabkan skurvi, badan kita memerlukan vitamin c yang cukup untuk kekal sihat dan cantik.

3)Tubuh kita tidak boleh menghasilkan atau membina vitamin c dengan sendirinya.

4)Vitamin c adalah sebatian yang larut air, apabila berlebihan dengan mudah dikeluarkan daripada tubuh.

5)Vitamin c mudah musnah dibawah haba, sinaran ultra ungu,aditif makanan,bahan kimia pertanian dan mudah dioksidakan jika terdedah pada udara. kebanyakkan vitamin c didalam makanan kita sudah musnah sebelum makanan dimakan disebabkan dimasak terlalu lama, disimpan terlalu lama juga terdedah pada udara.

MANAFAAT VITAMIN C

1)Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam darah.

2)Menghalang SKURVI. (SKURVI=Penyakit yg disebabkan kekurangan Vitamin C dlm makanan, ditandai oleh gusi bengkak dan berdarah, pendarahan dibawah kulit, dll)

3)Mempertingkatkan sistem pertahanan badan.

4)Memguatkan dinding salur darah.

5)Menolong pembentukan tisu gentian.

6)Membantu pembentukan kartilej, tulang dan gigi yang sihat.

6)Mengurangkan kedut pada kulit

7)Membaiki parut pada kulit.

8)mencegah penurunan payudara dan buttock

9)menjadikan kulit lebih cerah

10)menghilangkan jerawat dan pigmentasi.

11)menjaga kesihatan otot dan mencantikkan/menghaluskan kulit.

12)membantu penghasilan collagen dimana collagen dapat meningkatkan keanjalan dan keremajaan kulit.

13)melambatkan proses penuaan dan menghaluskan pori-pori pada kulit.

Untuk lain-lain tips Cantik & Anggun

 (credit to Kasih Zahra)




15 Januari, 2011

Sejam sesudah & sebelum

Okey, untuk ruangan Cantik & Anggun aku nak berkongsi sesuatuuu yang korang tak pernah terpk pun sebelum ini...

Time aku jogawalk pepagi bila hari cuti, panorama yang selalu aku nampak adalah, lepas beriya2 eksesais mengeluarkan peluh sampai lenjun2 towel kecik, dorang akan terussss lepak kat gerai nasik lemak/roti canai and bla..bla..bla.

Bagi orang yang sedang diet.  Apa yang korang lakukan adalah salah.

Sepatutnya sejam sebelum  dan sejam sesudah beriadah korang tidak boleh makan!  Korang hanya boleh minum air kosong.

Ini kerana lepas korang bersenam, badan sedang memecahkan lemak2 yang sedia ada dalam badan.  Tapi kalau korang makan, maka lemak2 yang badan korang nak pecahkan tu dah dilapisi dengan apa yang baru jeeee korang telan.  Jadi cemana??  Cam sesia je korang berlari berkilo meter, berbasikal naik bukit turun bukit tapi takde hasil.  Kalau korang nak maintain je takpelah.... tapi kalau nak turunkan berat badan ia bukanlah suatu idea yang baik.

Cam bekas  teman aku... joging kat taman bunga bukan main.... kul 7 dah terpacak.  Tapi lepas tu.. pekene teh tarik segelas besar, roti kosong 4 keping.  Ish..ish..ish... alasan makan banyak adalah penat.  Huh! bukan menghilangkan lemak... malah menambahkan lagi lelemak yang sedia ada tersimpan. (okeh jangan kutuk dia.. dia dah arwah pun)

Oleh itu... ingat! Sejam sebelum dan sesudah beriadah jangan makan!  Boleh minum air kosong je ye.....

Untuk info Cantik & Anggun yang lelain bleh klik kat sini ye..