Okey, untuk ruangan Cantik & Anggun aku nak berkongsi sesuatuuu yang korang tak pernah terpk pun sebelum ini...
Time aku jogawalk pepagi bila hari cuti, panorama yang selalu aku nampak adalah, lepas beriya2 eksesais mengeluarkan peluh sampai lenjun2 towel kecik, dorang akan terussss lepak kat gerai nasik lemak/roti canai and bla..bla..bla.
Bagi orang yang sedang diet. Apa yang korang lakukan adalah salah.
Sepatutnya sejam sebelum dan sejam sesudah beriadah korang tidak boleh makan! Korang hanya boleh minum air kosong.
Ini kerana lepas korang bersenam, badan sedang memecahkan lemak2 yang sedia ada dalam badan. Tapi kalau korang makan, maka lemak2 yang badan korang nak pecahkan tu dah dilapisi dengan apa yang baru jeeee korang telan. Jadi cemana?? Cam sesia je korang berlari berkilo meter, berbasikal naik bukit turun bukit tapi takde hasil. Kalau korang nak maintain je takpelah.... tapi kalau nak turunkan berat badan ia bukanlah suatu idea yang baik.
Cam bekas teman aku... joging kat taman bunga bukan main.... kul 7 dah terpacak. Tapi lepas tu.. pekene teh tarik segelas besar, roti kosong 4 keping. Ish..ish..ish... alasan makan banyak adalah penat. Huh! bukan menghilangkan lemak... malah menambahkan lagi lelemak yang sedia ada tersimpan. (okeh jangan kutuk dia.. dia dah arwah pun)
Oleh itu... ingat! Sejam sebelum dan sesudah beriadah jangan makan! Boleh minum air kosong je ye.....
Untuk info Cantik & Anggun yang lelain bleh klik kat sini ye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan