Don't write your name on sand, waves will wash it away. Don't write your name in sky, wind may blow it away. Write your name in hearts of people you come in touch with.
16 Januari, 2011
Roti kentang & Donut
Korang tengok kat pic atas tu... donut dan roti kentang. Korang percaya tak bahawa adunannya adalah sama! Heheheh... biasalah aku kan... moto aku adalah guna saja apa yang ada! Takkan aku nak buat donut melambak2 keping kan.. soo.. baki buat kuih donut tu, aku jadikan roti plak. Tapi roti dia takdelah sama cam roti kat kedai tu, sebab aku guna tepung gandum saja. Tapi rasa tetap terbaik. Meh kita tengok bahan2nya..
Bahan-bahan:-
500 gram tepung gandum
1 bungkus mauripan + 1 cawan air suam (biarkan sehingga berbuih sedikit)
1,1/4cawan air
2 sudu susu tepung
2 sudu gula pasir
secubit serbuk penaik
4 sudu marjerin
2 biji kentang yang telah direbus dan ditoskan airnya. Lecek sehingga hancur
Cara:-
1. Kiraikan dua sudu marjerin ngan tepung gandum. Campurkan dengan 2 sudu gula dan 2 sudu susu tepung dan secubit serbuk penaik.
2. Campurkan dengan air suam yang telah dicampurkan dengan mauripan. Uli sehingga menjadi doh. Kalau keras, campurkan air satu + suku cawan air sedikit demi sedikit.
3. Masukkan marjerin sesudu then uli lagi, then campurkan lagi sesudu marjerin.
4. Campurkan kentang yang telah dilecek. Uli lagi sehingga doh tidak melekat di tangan. Jika doh melekat tambahkan marjerin sedikit dan sesudu tepung gandum
5. Biarkan adunan selama 30 minit.
6. Untuk jadi donut, bolehlah di bulat2 sebesar bola golf dan lubangkan tengah, biar dia naik sket dan bolehlah digoreng.
7. Untuk jadikan roti hendaklah di bulat sebesar bola golf dan susun di dalam bekas(sapur marjerin sket kat keliling bekas). Susun jarak2 sket, biar ada ruang untuk mengembang. Biarkan selama 20 minit. Bila dah kembang blehlah masuk kedalam ketuhar (panaskan ketuhar dulu ye) dengan api 180 selama 20 minit. Macam aku, kebetulan masa tu aku buat kastard, jadiknya ada korek2 kastard kat dalam periuk maka aku telah lemparkan ke atas doh masa nak bakar.
8. Bila dah siap korang taburkanlah gula halus kat atas roti. Donut plak korang golek2lah dalam gula halus tu.
Mudah kan?? Satu adunan dapat dua kuih! Selamat mencuba!
Untuk resepi yang lelain sila klik disini ye..
Kredit to Resepi Mesra.net
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
rajin tul akak. Saya pun rajin gak, tp terus pi beli kat kedai muahhahah
alamak nape x kuar nama ni??
Tanpa Nama,
Kalau setakat tekak sendiri nak makan dek, baik belik je.. tapi kalau 6 tekak nak makan, haruslah membuat ye dek.. ekkekekek
Elyn,
Nama apa?? tu elok je nama ko ada tu..
Catat Ulasan