13 Ogos, 2007

Aku dan Kuaci

Kenapa eh???... aku dan kuaci seakan tak dapat dipisahkan..... Hidupku tak lengkap jika sehari tak menjamah kuaci, kerjaku takkan beres jika tidak disulami ngan kuaci.. kenapa eh?? adakah aku addicted kuaci.. kalau korang peratikan tong sampah aku, tidak layak dipanggil tong sampah sebab banyak kulit kuaci.. maaf makcik dan kakak cleaner kerana kegemaran ku telah menyulitkan kalian, hari-hari kene tukar plastik.

Kalau ada pertandingan makan kuaci aku rasa aku boleh menang first prize dan berpeluang melancong secara percuma selama 7 hari 7 malam di Venice, Itali. Tapi itu sumer takkan mungkin. Sebab tak ada yang sudi menganjurkan pertandingan seumpama itu.

Tatkala aku menari-narikan tangan di atas keyboard ini, bibir munggil dan pipi gebuku saling bertukar rentak kerana mengunyah kuaci. Ptuuiiihh.. Stop jap, haremmm zadeehhh terkunyah kuaci pahit plak.... Okeh sambung balik.

Pada teman sekantorku, maafkan aku tidak menyapa korang di lewat sore ini, kerana aku sedang buat kerja sambil tangan dan mulut seiring mengunyah dan mengopek kuaci. Kalau aku borak ngan korang, sapa pulak nak makan kuaci aku? Hah? Korang nak makan ke? No thanks... Aku tak suka ada orang tengah diantara aku dan kuaci.

Mungkin pada zaman silam aku adalah spesies hamster, sebab hamster rajin makan kuaci. Takpe balik nanti aku nak tenung hamster jiran aku, manalah tau tetiba ingatanku akan kembali ke zaman lampau.

Oklah... aku banyak keje ni.. nak melayan korang pulak... Miauuwww!! Opss hamster bunyi gitu ke??
besok aku berazam untuk berhenti makan kuaci buat seketika..heheheheh

2 ulasan:

hOtMaMa berkata...

wah..gituu..aku dan kuaci katanya.. tp ye la u ols...mak pun suka kuaci gak...makin lama layan makan makin sedap kan...apa kata u ols buat lawan makan kuaci dng hamster tuh...sapa dulu habis..opss..*lariii

LayarLara berkata...

amboii mama, sebelum tido pun mama sempat blogging lagi eh... tabiklah mama... mama dah leh makan ke?