15 Ogos, 2007

Setelah di TAG

peh... apedah ceeraa... besok besok bleh TAG aku da... aku bz ni (dah bz gatal jengah blog..)... tapi pasal pes time kene TAG so.. aku melaksanakan tanggungjawab aku... heheheh.

The Rules:
  1. Post these rules before you give the facts.
  2. List 8 random facts about yourself.
  3. At the end of your post, choose (tag) 8 people and list their names (linking to them).
  4. Leave them a comment on their blog letting them know they’ve been tagged!

No. 1 : Aku seorang yang tidak boleh memegang jawatan CIKGU

W/pun jawatan cikgi tu salah satu jawapan bila cikgu tanya bout ambition kat sekolah rendah dulu kala, tapi bila dah besar ni aku realise aku takleh jadi cikgi. Sebabnya aku tak sabar. Ajar anak aku ngaji je suara aku teriak dah bleh dengar satu taman. Ngajo anak sedara aku ngaji pun cam mak tiri.. Tangan aku pun cepat naik kalau mengajar budak. Bukan apa, aku ni jadi geram kalau ajar budak susah nak dapat. Kalau ajar membaca pun gitu gak. So, part ajar membaca mengira tu aku serah pada AbangSayang. AbangSayang cakap aku mengajar budak cam orang ilang akal.. heheheh

No.2 : Aku ni kekadang peramah/sombong/

Aku ni boleh jadi sesumpah kot. Kekadang tu aku peramah sangat cam murai cabut ekoq. Kekadang plak aku ni pendiam sangat sampai orang cas aku sombong. Masa aku pegi BTN, masa LDK masing2 luahkan pendapat tentang kawan2. 9/10 kata aku sombong masa first meet, tapi bila dah kenal aku antara orang yang haru-biru gak.

No.3 : Aku seorang yang sukar simpan rahsia (kekadang)

Ye aku orang yang cenggitu. Kekadang tu mulut aku gatal nak cerita pada 3rd party. Pastu mati-mati suruh orang tu zip mulut. Adaka patut?? Tapi itu kadang2. Adakala aku memang top secret punye orang. Sampai aku pun lupa adakah bende tu secret untuk diceritakan. Muahahahahah.

No.4 : Aku seorang pendengar yang baik

Hehehe.... contohnya mak aku le... selalu dia meluahkan perasaan dia kat aku. Dan aku pun mendengar sambil terhangguk-hangguk. Bila dia tanya aku.. aku pun jawab "yelah tu.. betul".. heheheheh. W/pun kekadang aku cam tak berapa setuju yang apa yang dia cakap tapi sebagai pendengar yang baikss... aku simpan dalam hati je la...

No. 5 : Aku seorang yang cepat naik angin

Burukkan sikap aku... amat buruk. Tapi lately aku dah bleh cuba kawal keanginan aku. Tapi yang aku realise aku cepat naik angin bila pregnant.. muaaahahhahah lagi-lagi aku cam sumpah2 kan. Satu mende yang aku cepat angin ialah apabila orang lain mengubah apa yang telah aku buat atau aturkan. Cth:- bila aku dah susun pokok bunga ikut kesedapan pandangan mataku, dan tetiba AbangSayang pula susun ikut kesedapan pandangan mata dia. Sungguh tak berseni langsung... Hu... itu takde kompromi aku angin gila beb.. Ha.. lagi satu cth yang buat aku hangin bila aku dah simpan semua buku bank dalam satu bekas dalam drawer. Papehal senang cari. Tapi dia plak rajin mengemas at last buku bank tu sumer dia sendiri lupa simpan kat mana. Sampai aku kene buat balik buku bank.. Amat terukkan.. Dan cth lagi satu kami sama-sama baru beli handphone satu tika dulu. AbangSayang simpankan charger kami, bila nak pakai dah tak tau kat mana. Dia pun lupa simpan kat mana. Bila tanya... jawapan dia "Entah.. tak tau" huuu mak hangin uuuu. Dia memang rajin kemas sampai tak jumpa barang yang dia simpan. Sampai skang dah dekat dua tahun charger tu tak jumpa... pelikkan.. dalam rumah kami ada bermuda triangle.

No. 6 : Aku seorang yang diciptakan berseni

Aku amat suka bab2 yang melibatkan kesenian. Cam gubah bunga, jahit manik, jahit baju, sarung kusyen, langsir, lukisan.. best.. amat best.. aku rasa tenang bila buat mende-mende tu. Bila dah ralit buat mende-mende tu janganlah dok kacau.. nanti aku hangin (hangin lagik).. Tapi AbangSayang suka kacaulah... time aku tengah berseni tulah dia nak minuman panaslah... suruh ganti minuman yang dah sejuklah, suruh buat susu anak lah... eeuuuwww... masaelahhh masaelah.

No. 7 : Aku seorang yang menghargai masa

Ya.. betul tu, contohnya skang ni...ekekekek aku seboleh2 luangkan masa kat blogging ni. Moto aku tentang masa ialah biar aku tunggu orang jangan orang tunggu aku. AbangSayang cukup tak suka ngan moto aku ni.

No. 8 : Last sekali aku seorang yang bermulut celupar

Hehehehe... dulu aku tak cam ni. Tapi semenjak dua menjak aku bekerja dikalangan orang yang bermulut celupar so, aku pun jadi cam tu gak le. Mak aku selalu marah ngan keceluparan aku. Tapi aku tak bermaksud nak celupar sebenarnya, cuma mungkin aku over bab bergurau. Pernah aku pegi camping ngan family kat Gunung Pulai. Dorang termasuk AbangSayang tengah bz berbbq aku cakap nak jungle track kejap. Pastu aku pun berseloroh, kalau aku tak sampai kat situ semula within one hour anggap ajelah raja bunian dah berkenan kat aku, siap suruh AbangSayang buat iklan kat Metro muka depan. Celuparkan.. er... korang janganlah benci aku ye...

***********************************

Eikk dah abislah... rasa cam sket plak 8 ni. Sapa yang aku nak taq eh.. kawan aku bukan ramai kat sini.... heheeh.. Rules no. 3 tu tak dapek lah nak penuhi... tapi aku tag lah jugak.. aku nak taq Hotmama... hotmama... silakan ye.. janganlah malu-malu.

3 ulasan:

Ceera berkata...

uish... berhangin rupenya akak kita sorang nie, samalah... hahaha... saya pun takleh jadi cikgu, saya jenis cepat marah... pastu kang, mampos ko kena tengking ngan aku, ish... sangat buruk perangai...

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

hehehehe apa nak buek... hormon apa tah dah terlebih dalam kepala akakkkkk ni..

hOtMaMa berkata...

saya tetap akan buat gak tag nih walaupun lambat....lol