26 Oktober, 2007

Berapakah harga sebuah nyawa?

Rabu lepas aku pegi ke pusat kesihatan universiti, nak buat buku merah konon. Tapi siang2 doktor tu dah cakap, sebelum ni aku memang dah ada kes, so dorang tak nak handle sebab takut kene marah ngan HSA. Dorang suruh aku pegi HSA untuk dapatkan rawatan direct di bawah pengawasan pakar. So, doctor tu buatlah sedikit memo untuk HSA berkaitan kes aku.

Korang mesti peningkan kes apa. Ok, gini tak nak bagi korang pening aku story sket eh.. Aku sebenarnya kalau mengandung akan mengalami masalah keracunan uri. Badan aku tak leh menerima kehadiran uri. Keracunan ini boleh berlaku bila2 masa dalam tempoh mengandung. Keracunan ini akan melonjakkan tekanan darah yang mengakibatkan kerosakan buah pinggang. Masa aku kene last pregnant dulu tetiba pada 30wks tekanan darah aku melonjak kepada 200/100. Huiii tinggikan.. ye memang tinggi sehingga aku jadi penghuni ICU. Dan disebabkan tekanan melampau juga, segala nutrien yang aku makan dah tak sampai pada baby.. keputusannya keluarkan baby and no more keracunan uri. So, disebabkan itu skang ni buah pinggang aku sebelah kiri rosak pada stage satu. Selepas bersalin, doktor menasihatkan aku supaya tidak mengandung lagi. Tapi sebagai manusia boleh ke kita menolak ketentuan Allah?..

Okey berbalik pada cerita aku awal tadi. Semalam aku pegi ke HSA terus ke bahagian Gyniea (entah betul entah tidak ejaan ni). Aku bawak skali memo dari Pusat Kesihatan Universiti. Sampai kat sana boleh minah kat kaunter tu tanya aku kenapa aku datang kat HSA. Apa ke sengal dorang ni... surat dah ada bacalahhhhhh, ngok tul!... Pastu dorang bleh suruh aku balik buat buku merah dulu. Le... aku dah cakap Pusat Kesihatan U tak nak handle aku bererti no red book lah ngok.... Kenalah buat rekod terus kat HSA. Dorang bleh tanya plak aku... nak early book ke... hehehehh what the hell punye lawak... apa ko pk aku nak book bilik bersalin ke.... korang ni tak geti baca report ke apa.. At last dorang kata nanti tanya pakar dulu... apa ke nenek lah korang ni.... Dah duduk melangok tu......... dorang panggil and dengan senyum lebar dorang hulur balik surat aku dan cakap appointment on 28 November.... subhanallah... ngarut betul tau..

Aku tak puas hati, aku pegi panel, Dr. Moiideen buat ujian berdasarkan urin dan memang confirm dalam buah pinggang aku dah ada darah.... so 2 weeks lagi aku kene datang untuk test lagi urin. Nanti Dr. Moiideen akan buatkan satu laporan perubatan yang lengkap untuk dr. pakar HSA supaya memberi perhatian serius pada kes aku. Dr. Moiideen kata biasanya baby takde pape, kes camni biasanya membahayakan ibu. Cam tu pun HSA pandang ringan. Takpe, ajal maut sumer di tangan Allah... bukan kat tangan dorang, dorang tu cuma perantara je... InsyaAllah aku akan okey..

3 ulasan:

green apple berkata...

ko biar benar beb? bukanla nak kata serah semua kat Tuhan. Tapi kalau ko dah tau ko mmg akan dapat risiko dia, awat hang try lagi??? Maybe before pregnant hang tanya la nasihat doktor mana nak tau diorang ada alternative plan ke.

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

Memang higher risk, takpe biarlah ini last time aku pregnant. Lagipun aku takut anak sikit.. heheheheh. InsyaAllah aku akan okey. Harap2 kali ini sumer jalan lancar. Amin.

Nezjoe berkata...

sabar ya.
Semoga kau tak apa-apa.
Kententuan dan ujian Allah s.w.t

Rezeki semua datang dari Dia.

Aku doakan yg terbaik je.

AMIN