18 Disember, 2007

Mission Possible...

Aku baru je balik dari lawatan ke Hospital Permai Tampoi (hospital sakit mental) dan Kilang Apollo. Lawatan yang banyak memberi pendedahan kepada aku n staff lain... Sian, seram, sedih n takut masa pegi meninjau2 mereka kat wad.. ada sorang tu baru lepas grad UTM. Siap leh kenal lagi one of klik aku yang melawat.. "ni felo KTHO kan?"...
Dorang yang kat wad tu, kalau sihat dah boleh keluar... tapi kalau kat Wad Forensik (kes jenayah cam bunuh, rogol, luar tabii, pukul dan macam2 lagi) memang tunggulah sampai tua bangka baru leh kuar, tu pun kalau dapat pengampunan... Dorang yang kat wad forensik ni biasanya tak sedar masa melakukan kesilapan... Ada satu kes tu officer hospital tu cerita one of dia punye tahanan adalah remaja 22 tahun, kesalahan sembelih bapa kerana tak suka bapa dia hitam, dia nak tukar kepala mat saleh... Siankan.. Ada yang tarikh masuk 1975, dan 2007 baru dibebaskan itulah setelah dapat pengampunan dan dikira sebagai tidak mampu untuk melakukan jenayah lagi... setelah umur dia hampir 60 tahun baru dibebaskan... sangat kesian.. 30++ hidupnya telah disia2kan..
Okeh habis kat situ.. cita lain plak..
Korang sambung cuti raya ni ke?? Well nampaknya aku bercuti panjang... memula aku ingat tak nak amik cuti langsung... kecuali cuti free tu.. tapi bila pk... pk...pk... harus amekkk...
19hb ni (besok) kristal ada appt. mata kat HSA, so kalau aku tak cuti maknanya aku akan masuk opis dalam kul 11 lebih... pastu nanti tetiba petang tu nak kuar 2 jam plak... maklumlah dah petang raya wajib tutup opis cepat kan... habis berapa jam je aku buat keje eh? (sempat buat??) See....see... aku baguskan?? Jadiiii resultnya.. cuti ajeklah...
Then aku sambung cuti hari jumaat, isnin.. so sehingga krismas ni aku ada masa 6 hari untuk train si kristal secara habis2an pegi ke toilet... kiranya cam mission impossible/possible laaa. minah ni kekadang ingat.. kekadang lupa... kadang2 baru 10 minit pegi peepee.. ehhh sat lagi dia terpeepee plak kat meja makan.... Harap2 misi aku kali ini berjaya... Kalau tak berjaya gak haaa ko pakailah lampin pakai buang tu sampai ko muak.. Bukan senang nak dapat cuti berderet2 cam ni... soooo kesempatan ini takkan aku sia2kan.
Danial dulu genap hari lahir ke 3, terus tak moh pakai lampin pakai buang... terer betul.. senang aku.. sangat jimat ok... Ini si minah ni 24/11 ari tu genap 3 tahun... kadang ingat.. kadang lupa.. memang laa aku ikut time hantar dia pi toilet... tapi aku seriau time dia nak 'buat kuih'. Kadang dia jerit2 cakap... "mak.. kakak nak berak..."... kadang tu alih2 dia dah kutip je bawak gi toilet... nasib le tak cair... husss... disgusting...
Hem.. naik krismas tu, 26hb aku ada appt. plak kat HSA pakar gynea... nampaknya sampai tahun depan aku asik keje berulang je ke spital.. doakan yang baik2 untuk aku ye...

3 ulasan:

Ad berkata...

jika kau fikir kan kau boleh..kau hampir boleh melakukan..jika kau fikirkana ragu-ragu usahamu tidak menentu..engkau la apa kau fikirkan..bertindak atas kemampuan..
..bla2..

ENGKAU BOLEH...

Ceera berkata...

moga kesihatan kamu baik2 ajer ye... jaga makan semua tau...

viruspadu berkata...

mmg insaplah kalu gi tempat2 gitu, baru kita sedar mcm2 berlaku di sekeliling kita kan...

erm, susah jugak nak hentikan pampers kan, mcm mana lah nisa nnt ni,