21 Januari, 2008

Berhujung minggu

Hari Sabtu malam lepas kitaorang amek M.I.L kat Skudai. Rasanya last jumpa MIL adalah pada Raya Haji yang lepas... lepas pada tu terus tak jumpa2, almaklumlah orang ramai anak, all rounderlaaa... Danial paling suka kalau MIL ada...

Ahad pagi tu, sebagai menantu yang teramat mithali (bukan dikesali ye...) ngan sepantas kilat aku membuat sarapan.. jangan tak caya pepagi aku dah buat mee hun hailam... dalam masa tak sampai 15 minit dah terhidang kat atas meja, ngan karipap skali... huhuhu... MIL bleh tanya ngan AbangSayang.. ni beli ke buat?? Ehhh??? Emangnya ada kedai yang bukak pepagi buta kul 7 jual mee hailam?? Lupa plak aku nak shoot gambo mee hun tu... mungkin presentation pada mee tu kelihatan seperti diimport dari kedai... terkesima sekejap aku ko... Apakah dia tak nampak aku silat kuntau kat dapur?? Mungkin juga ilmu halimunan aku dah menjadi setakat ini...

Masa aku tengah prepare meja makan, AbangSayang tolong kemaskan bilik MIL, kemas katil, tepuk2 bantal, cadar dsb. Pastu AbangSayang amek bantal n bawa keluar, konon2 nak jemur. Tetiba aku tengok MIL buat marathon kejar AbangSayang dari belakang. Sampai je kat luar AbangSayang tepuk2 bantal.. tetiba pelepup... something jatuh dari dalam sarung bantal... Terkejut gak AbangSayang... setelah diamati, laaaa rupenye gigi palsu MIL daaa... Tu pasal le MIL kejar AbangSayang beriya2.. Aku yang tertinjau2 ni nak tergelak gak.. tapi aku tahan.. korang mesti cakap tak baik kan?? Kan?? Elee ngaku jelaaa...

MIL n AbangSayang bfast dulu sementara aku feed anak2 aku... lepas tu baru le aku join mika berdua kat meja makan. Tengah syok2 layan makan tu.. tetiba MIL batuk.. teruk jugak batuk dia.... Bukan batuk tersedak.. tapi cam batuk gatal kat tekak.. bercempera gaklah mee hun kuar dari mulut dia.. Adalah dalam 5 minit berkeadaan begitu... sian plak aku tengok orang tua tu..

After keadaan dah reda.. AbangSayang cakap ngan mak dia, lengkali simpan gigi kat tempat yang betul, jangan letak2 sembarang, kotor kene habuk2 nanti. Tetiba terpacul soalan yang tak pernah aku jangka dari mulut AbangSayang. "Mak basuh gigi macamana?"

Dengan sekonyong2 dan penuh rasa konfidensi yang teramet... MIL pun memberi jawapan yang juga tak pernah tercipta dalam minda separuh sedar "Mak rendam ngan klorox".. What the ... (dalam kepala aku je.. ) cam nak tersembul biji mata aku mendengar jawapan yang amat bernas dari MIL. Aku tengok muka AbangSayang, AbangSayang tengok balik muka aku.. Kami berinteraksi melalui pandangan mata buat seketika... Maka bermulalah sesi nasihat menasihati antara AbangSayang ngan mak dia.. MIL ni telinga dia ada problem sket.. kalau nak cakap ngan dia kene guna volume no. 5, so cam menyalak bukit laa... Kadang2 lain yang kita cakap, lain yang dia anggukkan, lain yang kita terangkan lain plak pemahaman dia.. Memang mencabar sketlah kalau nak bagi dia paham ni..

Lepas dah bfast, masa tengah kemas2 pinggan aku tengok MIL begitu gigih menyental sesuatu kat singki... aku tinjaulah mende apa yang dia buat beriya2 sangat.. leeeee dia tengah sental gigi pakai berus periuk laaa.... Umak aiii begitu sempoi sekali MIL.. aku terus hulur berus gigi n colgate pada MIL.. tapi dia cakap "mak biasa cenggini".. patutlah batuk dia lain macam skali bunyiknya...

Dalam kul 10.30 pagi kita orang bertolak ke Pontian sebabnya AbangSayang nak pi tengok kebun, sambil tu blehlah aku pegi ke pasar Pontian. Abis membeli belah kita orang pun pegilah ke kebun... kat kebun tu memacam ada.. durian, rambutan, manggis, buah nona luasnya bih kurang 4 ekar setengah. Kebun paling hujung plak tu. Aku tak turun pun dari keta sebabnya AbangSayang memang tak bercadang nak singgah lama coz kunci rumah kat kebun tu pun dia tak bawak. Dia just nak tinjau2 kalau ada buah durian yang gugur. Banyak yang dah gugur dan banyak gak yang dah kene rembat. Abis dah le kebun jauh kat Pontian, hujung minggu je ada masa nak jenguk.. tu pun kalau hujung minggu takde program.. At last ada gakle 2 biji yang AbangSayang jumpa.. Wah anak2 aku dah terkinja2 kat dalam keta bila nampak derian tu.. Sebijik dorang kenduri dalam keta, sebijik lagi bawak balik rumah. Lepas gaklah gian AbangSayang. Aku sendiri menjamah gak le dalam 3 ulas gitu... very the superb weh rasa dia...

Gitu begini sampai rumah dekat kul 12 t/hari. So aku terus masak2 n makan... slamat sket coz nasik aku dah masak pepagi buta, tinggal masak lauk jelaaa...

Malam baru we olz hantar MIL ke Skudai semula...


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cik lara..beli la proper air rendam gigi tue..sian plak baca,,kalau gigi kiter kene karies..gigi mil cik lara tu kene hakis plak nnt..

LayarLara berkata...

Ad,
Haah sian dia Ad. Orang tetua dolu2 katakan.. cadang nak pi cari kat farmasi..

Elyn Sani berkata...

masyallah.... kesian nyer.... x de sape yg ngajo die ke memule pakai dedulu.... seb baik la u dpt tau... kalo dak lagi haru batuk die....

LayarLara berkata...

Lin,
Tule.. rahsia MIL dah terbongkar.. Pelik gak coz MIL dok ngan anak pompuan dia.. cemanalaa dorang leh tak alert ngan mende ni.. naya je MIL.

Mama_Nofal berkata...

Gelak dlu ngan crita MIL b4 komen hahahhah..siap rendam clorox, bahaya tuhh.. Kan ke ada air ble rendam gg tuh kan.