08 Januari, 2008

Dalam Dilema

Blurrr...* * *
Aku bebetul dalam persimpangan dilema (takde kene mengene ngan lagu nora).
Lately aku susah betul nak tido malam... napa pun aku tak tau... cam semalam lepas habis buat keje rumah (memang takkan habisnye..) aku tido dalam kul 1. Tapi bila aku pejam mata, aku nampak matahari terang benderang... padehal dalam bilik tu dah gelap gulita. Aku pejam lagi, nampak matahari terbit plak... Aku pejam lagi, mata aku terbukak sendiri... 3 orang monster yang lelain sumer dah tido.. Aku pegi tengok danial dah berkelubung ngan selimut.. pegi tengok kristal, bantal dah kemana dia dah kemana.. Hish... masuk balik bilik pusing kiri pusing kanan.. AbangSayang dah mengalunkan melodi dia sendiri.. aku pun tak tau kul berapa aku tido at last.
Pagi lak, paling lewat aku bangun kul 5.30 pagi.. Masak air, buat sarapan n masak skali. Aku terpaksa masak pagi sebab petang sampai rumah hampir kul 6, then dalam 6.20 AbangSayang sampai terus nak dinner.. Memang tak sempatlah jawabnya kalau tak masak pagi. Balik tu aku tinggal panaskan semula, kecuali sayur aku tak masak, sebab aku suka makan sayur fresh, lagi pun sayur cepat dimasak. Bila dah dinner petang.. malam tu around 10 biasanya just amik roti n air panas je.
Skang ni kan.. aku hantar anak2 RM300, tengah tahun ni akan bertambah kepada RM450. Aku tengah pk2... kalau aku hire bebe/bibik pun maybe aku bayar upah pada kadar yang sama gak. RM450 tu kalau bagi babysitter dia cuma jaga anak2.. kalau aku upah bebe/bibik of course segala segi dia buat... aku relaxlah jadi mandor membesarkan badan...sket lagi kene pecah pintu.. buat sliding...
Tapi.. aku sebenarnya takut nak hire bebe/bibik.. tambah2 lately ni macam2 cita yang bukan2 pasal bibi/bebe timbul. Bagi makan bukan2lah.. bebe/bibi lari tinggalkan budak2 kat rumah. Bebe/bibi ada affair ngan spouse (ni aku paling takut)... Tapi officemate aku bebe/bibik dia memang first class... siap bleh ngajor anak dia subjek maths n b.i lagi.. sungguh educated..
Entahlah.. aku bebetul dalam dilema... Bincang2 ngan AbangSayang, dia cakap dia tak suka ada orang asing dalam rumah, dia tak rasa free (camle dia nak berspendar je dalam rumah..). AbangSayang cakap, kalau ada orang yang sanggup keje dari kul 7 pagi hingga kul 6 petang kat rumah, itu boleh.. Masalahnya ada ke??? Nowadays mana ada orang yang nak keje cam tu kan?
Korang pernah dengo ke?? Takde kan??
Entahlah aku pk problem ni dari hari ke hari makin pening..

13 ulasan:

viruspadu berkata...

akak, sy penah dgr ada bibi yg kerja dr 7 smpi 6, tp kene carik lah...

LayarLara berkata...

Pn. Virus,
Haah kene carik.. yang ramai kat sini keje time weekend.. takpe gigih mencarik ni..

Elyn Sani berkata...

erm ade bibik pun ssh.... x dak bibik pun ssh kan???

LayarLara berkata...

Lin,
Betul hang kata... fening..fening..

~adeQ~ berkata...

salam kenal...susah kalau ada org ke tiga kat umah ni...pada kite takpe bayar mahal sket, puas hati. nanti kang tak pasal2 si bibik ni bawak lari laki kite...tak ke haru...

nasazfrog... berkata...

erm nak ambik bibik ni tak leh sembarang,, tapi susah la skrang nak pecayer dah mcm kes kan

LayarLara berkata...

adeq,
salam kenal untuk anda juga... ya aku pun pk cam tu gak.. atutttt...

nazasfrog,
tu le yang paling merisokan batang tengkuk aku ni...

Ad berkata...

bukanla nak takutkan..tp maid kakak ad lari selepas genap 3bulan 2 hari..siap pow tabung anak2 buah ad lagi..so,.kenelah hati2 dlm mengambil maid..

o..kalau keje siang jer ada..dipanggil helper..(tp biasa cam hari2 minggu jer)tp x tau la pulak belah JB fofular ke tak..

pjoe berkata...

tak payah pakai bibik la kak
tak elok

Ad berkata...

salam maal hijrah buat kekanda layar lara..(kekanda ker???)

shasha berkata...

salam maal hijrah...skang ni susah sangat nak cari bibik yg ok woo...

Diana Ishak berkata...

oo, ni la masalah yang ko cakap kat aku tu ari ek? tak bais lagi pikir ke syg oi?

cam aku kata that day, ambik bibik ni nasib-nasib. ko mcm tak tau history aku ngan bibik baghal tu dulu.

bibik aku yang skang ni alhamdulillah ok. lagipun dia dah tua, and penah keje kat mesia b4 this, so dah pandai uruskan semua.

kalau susah sgt, ko boleh monitor dulu. cara dia, ko ambik bibik ni masa ko dalam pantang. masa 2 bulan kat umah tu ko boleh sama-sama monitor dia. by the time ko start keje balik, at least ko dah tau cara dia camne, agak2 tak berkenan, tukar. boleh tukar aper dalam masa 3 bulan.

katakan la ko tukar, ko ajak la mak ko datang umah ko dalam sebulan gitu, tengok2kan bibik.

LayarLara berkata...

Ad,
kat JB ni ada helper tapi hujung minggu je.. tak moh laa yang cenggitu... sebab hujung minggu aku rajin berjalan.. hehehe. Kekanda?? Entah ye.. Ye kot...

Joe,
Nasihatmu akan ku pertimbangkan Joe..

Shasha,
Haahlah shasha tu yang menjadi problemmo skang ni..

Apple,
Buah pikiran ko ni kekadang bleh buat batu cincin..