17 Januari, 2008

Penatnya keja...

Tengok... haaa... tengok... lagi satu entry aku bubuh untuk hari ini... w/pun dalam keadaan merempat.

Aku ni benonya baguss... aku tau korang akan rindukan aku sok lusa... so aku masukkan lagi satu entry.. biar korang muntah kering kat sini... hehheheheheh...

Geng sumer...

Selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup, akan tetapi sekarang kini aku tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) : -)

Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa?
Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya
adalah benar dan akan menjadi lebih benar di titik terakhir... bukan rekaan aku : -)

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah 23 juta orang.
1.7 juta darinya sudah bersara. Jadi tinggal 21.3 juta orang.
1.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 20 juta orang.
Dari 20 juta ini, 7 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, Universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja. Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja. Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera
darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.... Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan tak der kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll).

Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja. Dari jumlah ini, PERKESO melaporkan sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.... Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja...

Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku... Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, bloging, myspace,main games, reading jokes, membaca
email, main chat dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah Aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... Mana aku tak letih?? Jadi sedarlah skit.... dahhhh... pi buat kerja..

P/S : Semua statistik di atas boleh dirujuk kesahihannya di Pusat2 Bancian, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Takkan nak rujuk itu pun nak kena suruh aku buat jugak... hehehe..:P

5 ulasan:

Elyn Sani berkata...

ces...... penat jer aku bace ekeekekek

LayarLara berkata...

Lin..
Hahahahah gurau senda pengubat duka nestapa..

Ad berkata...

wah..sib baik ni bancian kat Malaysia..ad kat korea...so,x amik pot..

Ad berkata...

err..jap..bulan 3-4 nnt ad balik Msia..masa tu cik lara kita tgh nyibuk nyusukan baby,..maka, sebagai penyimpahan mohor blogger2,dgn ini dimumukan hanya ad jer sorang bekejer kat MSIA..

OOOOOhhhhhh..tidak...
(sekali lagi aksi seperti lipas kene spray)

LayarLara berkata...

Ad,
Hahahaha jangkaan mu itu langsung tidak tepat!.. Muahahahahah
Aku bersalin insyaAllah awal bulan 6.. hehehehe, ko simpan je le balik mohor ko tu ye takut xpired cepat... sok lusa bleh kuarkan balik...