Selepas dia berpindah... aku dah x de tempat nak angin...x de tempat untuk kutuk mengutuk.. hehhehe.. kejam kan aku... heheheh... Sungguh pun gitu, Chal tak pernah amek hati... Chal ni seorang yang soke perasan hensem... w/pun benonya dia memang tak hensem... seorang yang senang bila nak mintak tolong ( it dazen mean aku selalu amek kesempatan kat dia ye..), seorang yang tak pelokek (w/pun terpaksa selepas di pau rakan2). Aku tak boleh lupa bila dia bgtau dia jadi model... nak tersembur air liyur... nak terbeliak biji mata aku. Huh.. bila dia ngan berlagak cakap "kalau tak hensem mana boleh jadi model...".. cakap show sana sini... at last aku saja kutuk dia... engko ni model suar dalam gak nye.. pasal nak kata hensem tak.. badan machoo pun tak... so.. mestilah model spendar je.. Dan ada satu peristiwa yang aku akan gelak sampai hari ini bila teringat... Chal kata dia tak makan belacan.. sebab dia dari keturunan arab (mementang ko duduk kat Jalan Alsagoff).. Pastu ngan selamba aku cakap... Iye ke ko keturunan arab?? Jejangan ko ni keturunan puak Kurdis.. ko tau tak.. puak kurdis tu kalau makan belacan jilat sampai siku tau.... Chal jeling aku masa tu... hehehhehe.
Semalam bih kurang kul 3.15 kita orang adalah dalam 7 orang sampai kat rumah di Jalan Alsagoff. Tak susah cari rumah family Chal. Aku melangkah je masuk kat rumah tu aku terkejut yang teramat sangat, tengok keadaan Chal ibarat tinggal tulang belulang aje. Sangat uzur, terketar2, suara pun terketar2 juga.. Menitis air mata tengok keadaan Chal. Chal pun cakap dah tak sanggup nak hadapi sakit misteri ini... dia lebih rela mati.. Mak Chal cakap pada awalnya Chal kene santau, tapi skang ni santau dah baik, tapi sakit lain plak yang datang. Senang cerita kononnya si Chal ni skang terkena buatan orang. Setakat ini sudah 4 orang pawang cuba mengubat dia, tapi 3 darinya kata tak sanggup. Chal dah jalani rawatan di Pusat Kesihatan UTM, HSA hinggalah ke HKL tapi sakit yang dihidapi masih tidak dapat dikenal pasti.
Baru2 ini tetiba ada pawang datang nak mengubat dia, aku jadi musykil, siapa orang itu? cemana dia tau Chal sakit?? dan cemana dia tau Chal dah tak duduk kat JB n skang duduk kat Pontian? Sudah 8 sesi orang tu ngubat Chal, ikut kata Chal, semenjak orang tu ngubatkan dia, keadaan dia menjadi lebih teruk, disertai dengan meracau, seperti orang menikam dadanya.. bahang terasa kat badan... Adakah pawang itu kroni2 orang yang nak mengenakan Chal?? Confuse... tapi kata Chal malam ini (malam tadi) adalah last sesi berubat ngan pawang tu.. pawang tu kata lagi orang yang mendengki Chal memang nak dia mati... Korang percaya ke ngan dunia MISTIK??
Kronologi sakit Chal ini bermula pada bulan April 2007.. apabila dia mendapat jawatan tetap dan berpindah ke Pusat Kaunseling & Kerjaya. Aku tak nafikan Chal ni memang suka cakap lepas, cakap besar, berlagak.. tapi masa dia di pejabat aku, kami semua memang sudah arif dan masak ngan perangai dan mulut dia... paling2 bila dia berlagak dan cakap besar kami akan kutuk Chal. Tapi bila Chal keluar dari pejabat ini.. mungkin orang tak boleh menerima mulut dia yang sangat lazer tu... wallahualam.
Hari ini hari Jumaat, kami dah minta Masjid Sultan Ismail untuk membuat solat hajat buat Chal. Jika Allah berkehendakkan dia sembuh, permudahkanlah urusannya, temukanlah dia dengan orang yang benar2 boleh mengubatnya... Dan jika ini sudah janjinya, biarlah Chal pergi supaya Chal tak menanggung derita ini lebih lama.. Bukan aku nak doakan Chal mati cepat.. tidak.. berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul..
Sabarlah Chal, anggaplah ini sebagai kifarah dan ujian dari Allah. Mungkin Allah ingin menduga dan hikmahnya Chal akan lebih mendekatkan diri kepada Allah. Setiap kejadian ada hikmahnya..
Kepada makcik/pakcik yang sudi entertain kami semalam berbanyak terima kasih... baru aku kenal mana satu Pak Barzoom.
Kepada orang yang tak berpuas hati dengan Chal/jika benar Chal kene buatan orang, hentikanlah perbuatan yang sia-sia ini.
Chal senyum membaca kad yang aku design untuknya...
Ketua rombongan Cik Kiah menyampaikan sumbangan dari kami
2 ulasan:
semoga chal sihat!!
kat taman u ada satu peramal perubatan islam..umur dah 7+ thn.try l cari..ramai spore berubat dgn dia alhamdullilah diizikan Allah sembuh..
sape la yang buat benda2 di laknak ALLAH swt nie...
semoga chal cepat sembuh, insy... sama2 la kita doakan tuk dia...
Catat Ulasan