19 Februari, 2008

Lawatan Kerja Ke RTM

Baru nak gerak ni.. tapi kak wan dan ngantok.. siap bleh tido dalam bas ni... yang baju putih kat belakang sedang berdiri tu adalah matspeaker, beliau sedang mengutip tiket bas..


Ha.. ni baru sampai kat RTM, napa ramai pompuan?? biasalah kalau buat lawatan ke Kilang Membuat Pakaian Dalam Wanita baru ramai lelaki yang akan join..

Ya... itu dia sebahagian peserta lelaki melayu terakhir yang sedang mendisplinkan diri beratur untuk masuk ke bahagian pentadbiran...

Ya.. ini adalah sebahagian dari mereka yang telah tersenarai untuk pilihanraya kesekian kalinya.. hahaahah..

Taklimat oleh Pn. Faizah dan En. Azmi... not so freindly... cukuplah ala2 boleh gitu.. napa korang tak prepare makanan untuk kita orang?? dush...dush..dush..dush..

Lawatan ke bahagian rancangan... nampak tu jangan merokok?? sapa merokok kene sula kat sini..

Ha... inilah mesin taip jenis olympia... RTM masih lagi menggunakan tukun ini untuk sebahagian kerja2. Dah tahap bleh masuk muzium ni... Dulu jari aku habis luka2 sebab asik terselit celah huruf tu... habis jariku sudah tak comel lagi...

Ye.. mari kita ke bilik siaran RMJB dan FMJB

Ni dah kat bahagian dalamnya... one off the bilik untuk suntingan... tengok betapa banyaknya butang.. kalau suruh aku replace tempat dia.. mahu pening pala muntah aku nak tekan butang yang mana.. tapi sekarang lagi senang sebab dah computerised

Ha... ni kat konti juruhebah/dj/penerbit... Penerbit bertugas ketika ini ialah Pn. Junaidah Alhan... aku tak pasti sangat nama bapak dia... tapi bunyiknya lebih kurang gitula... DJ ni tak berapa glam sangat... dorang ni muka memang nampak dah sizen2 gitu.. tapi suara sedap2 belaka... er... puan.. bagaimanakah puan menjaga suara sehingga kedengaran lunak sekali??

Okeh.. ni auditorium... boleh menempatkan lebih kurang 700 penonton satu masa... rasa aku lagi besar DSI UTM... tapi sound sistem kat auditorium ni memang first class..

Ceh.. masing2 cam jakun2 gitulaaa... tengok ateh perghhh banyaknye sportlight.. keliling gelap aku tak leh nak amik gambar sportlight yang melambak tu.. kalau jatuh timpa kepala memang terus menuju alam barzakh..

Okeh.. ni gambo kat bahagian depan... sebelum balik sempat aku amik gambo kat sini... nama yang biasa orang sebut ialah RTM, tapi kalau nama ikut protokol ialah Jabatan Penyiaran Kawasan Selatan.. Tempat bleh tahan besar... tapi staff tetap cuma 91 orang aje.. terer betul dorang buat keje...

Disebabkan lawatan ini tidak diselangselikan dengan acara mentekedarah... so.. kami telah mengambil inisiatif untuk mencari makan sendiri.. ye sebelum pulang kami telah singgah untuk memenuhi tuntutan perut di Hutan Bandar... Kami singgah di Selera D Hutan... sungguh menyelerakan... sebab lapo..

View kat sini amat menarik... saya suka... mendamaikan..

Ha.. sapa yang tak pernah tengok pokok kekabu... inilah pokok kekabu... tau ke kekabu tu apa?? alarr yang cam kapas dalam bantal korang tu... sangat lebat buahnya... tapi sangat tinggi untuk dipetik...

Lagi view di Selera D Hutan yang sempat saya rakamkan sebelum bertolak pulang...

***************************
Kelab kebajikan tempat korang ada ke buat lawatan2 kerja selain dari family day?
Kelab kita orang (KESTURI) akan mengadakan lawatan kerja ke beberapa badan yang difikirkan sesuai dalam tempoh 3 bulan skali...
So.. sebagai pembuka tirai tahun 2008, hari ini.. kami (ahli yang pergi ajeee) telah berpeluang mengadakan lawatan kerja ke RTM.

Em... keputusan lawatan adalah biasa2 aje.. takdelah best sangat pun.. (sebab tak di bagi makan n souviner... cuba kalau bagi makan for sure aku kata best... ).
Takde masa nak cita panjang lebar... roll the camera ajelah ye...

4 ulasan:

Ad berkata...

sgt tertarik mesin taip tu..dah sezaman dgn nemesis 2 dah..

LayarLara berkata...

ko kenan ke ad?? nak kanda ko ni pos ke korea?? heheheheh...

Ceera berkata...

kira skang, nak salahkan mesin taip la jari tak comel, hehehehe...

Quiah berkata...

Assalamualaikum... Saya ingin bertanya, bagaimana jika saya ingin mengadakan lawatan ke rtm. boleh bg guide tak?