07 April, 2008

Pontian Part I: Opss Bersih & Skuad Penyelamat

Aku pernah cerita pasal kebun buah kat Pontian kan? Smalam aku anak beranak pi Pontian coz AbangSayang n adik dia Salleh skang ni sedang lancarkan Opps Bersih & Skuad Penyelamat untuk kebun kat Pontian tu. Tanah seluas 4 ekar setengah itu dah lama tidak dibersihkan... korang saksikan ajelah semak samun dan pokok2 liar yang tumbuh tu... Skang ni pokok derian dah berbunga so.. inilah masanya untuk membersihkan dan memaintainkan kebun tu... lepas ni blehlah tabur garam n baja plak. Tapi dorang berdua ni bukan gagah pun... upah orang aje untuk menebas dan membersih... 2 orang skuad tambahan akan datang n tido di Pontian sehingga selesai. Upah menebas dan membersih sahaja adalah RM1600.

Keadaan dalam rumah tu pun agak menyedihkan.. coz setahun yang lalu rumah tu telah diceroboh.. habis segala barang sumer dilarikan perampok.. korang tengok ajelah rumah tu dah jadi sekosong2nya.. sampai singki pun orang kebas... periuk belanga untuk kenduri kendara jangan ceritala.. habis sumer melayang ngan dapur2 skali ilang... kabel letrik.. kepala paip.. kepala meter pun hilang... Yeklah rumah takde orang duduk... balik pun skali skala je... pencuri, mat pet pun soke hatilaa... Coz untuk dalam rumah belum diketahui lagi..

Besok hari selasa, Johor cuti sebab besday sultan johor... so.. besok AbangSayang akan buat wiring baru untuk rumah itu. Aku plak akan masak banyak2 awal pagi.. then bawak ke Pontian..

Ye.. inilah rumah tinggal dan keadaan kebun yang telah semak samun, kata pemberita tak bernama...


Bapak dia tengah meeting kat dalam ngan skuad pembantu.. dia dua beradek sedang mengesahkan diri memasing kat luar.. tengok kristal eeiii tak pakai kasutt... tak berapa saat lepas aku blah masuk dalam.. kristal melalak.. sebab Danial angkat kayu itu n sudah kena mata n hidung dia.. keputusannya dari hidung hingga bawah mata kristal luka. Dan danial dapat hadiah dari ayah dia..

See... sinki pun kene kebas.. penyambun tarbus betulla.. bakul durian n but 6 pasang pun turun dikebas oleh penyamun tarbus

Kristal n Koko tak boleh dipisahkan.. Tu kat belakang tu M.I.L, sapa pernah baca entry aku yang lepas pasal gigi tu.. haaa inilah dia tuan punye gigi..

"Tak bolehlah Lehhh.. aku dah cakap tak boleh... mende ni dah reput.. kene beli baru.." Yang melengging tu Salleh adik AbangSayang. Ekcelli adik beradik AbangSayang ni ramai ada 12 (tapi 3 orang sudah kembali kerahmatullah). Lelaki yang hidup tinggal 4, satu kat KL dah transformkan diri menjadi seorang pompuan vouge.. satu lagi dekat ngan kitaorang tapi takleh pakai, kejenya asik nak jual tanah aje..

Ini pemandangan dari luar dapur... uzurkan rumah ni... lepas dah siap dalam.. rumah ini akan dicat dan diberi nafas baru..

Ini view kat luar tepi bilik air... see semak n samunnya.. aku pun takut nak masuk.

Buat sementara hanya jalan masuk aje yang diclearkan dulu... kalau idak memang jangan harap le keta nak masuk

Ni kat tengah rumah... Danial tu cam kesampuk je... tengoklah kosong sekosongnya...

TV, almari baju, almari solek, tilam n bantal, radio sumer dah ilang..

Di view dari dapur... tangga itu akan diganti dengan tangga batu..

Banyak belanja diperlukan untuk mengelokkan semula rumah ini.. ini dibahagian dapur

Tiada ulasan: