AbangSayang & Co. serta Salleh & Co. balik ke Pontian lagi. Konon nak pantau skuad yang bekerja tu.
Dari rumah aku dah masak siap2. Takdelah menu special pun.. aku just masak lauk asam pedas ikan sagai, sup bayam n ikan goreng sajork. Kalau dah dalam hutan makan apa pun bedal ajelaaa.
Sampai aje kat sana aku sedikit terkesima... ada 6 orang dalam skuad tu.. and dalam 2 hari dah terang w/pun tak kesemuanya. Kira pantas laaa dorang ni buat keje.
Lepas ni skuad akan meracun dan membaja plak.. untuk rumah kerja2 baik pulih akan start next week. Selepas itu sesi cat mengecat dan kalau aku belum beranak aku akan pegi kedai untuk membeli kain langsir.. supaya rumah itu akan kelihatan seperti rumah.. dan bukan seperti rumah usang..
Untuk Januari 2009, InsyaAllah AbangSayang akan teruskan ngan projek tanaman pokok jarak. Coz dari biarkan tanah yang lompong2 itu ditumbuhi ngan lalang.. maka tanaman pokok jarak akan dilancarkan, sementara menunggu 9 bulan untuk mendapat hasil, serai dan beberapa pokok lain yang dipikirkan sesuai akan turut ditanam. Nak jadi petani berjayalah pulok laki aku ni.. Tak apa berbudi pada tanah akan nampak hasilnya.. Semoga misi ini akan berjaya.
Dua orang model yang tangkap lentok kat tangga.. Zetty n Kristal.. Tak lama lepas tu hujan.
See sebahagian sudah lapang.. Kalau dah siap saujana mata memandang
Si Danial dah tahan nak terkucil.. AbangSayang tengah sedap snap gambo.. anak nak terkencing pun dia bleh cakap... "tahan..tahan dulu".. terbeser dalam suar baru tau..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan