07 April, 2008

Sudah jatuh ditimpa tangga

Yang baju cekelat tu Faizal, hubby si Mimi. Yang tengah baju biru Pearl n adiknya Emerald


Mimi yang berbaju biru.. dengan Emerald



Sudah jatuh ditimpa tangga.. aku rasa buat masa ini itulah perkataan yang paling sesuai untuk aku gambarkan situasi adik aku (Mimi)saat ini.

Mimi skang ni final year kat UTM, pastunye PTPTN dia bleh tak dapat pulak dah final year ni... coz dia ada amek cuti bersalin 3 tahun sudah.

Sonang cita pennyless lah dia ni skang ni.. harap pada suami dia saja... Saborlah adikku.. lepas ni pasti ko senang lenang...

Skang ni dia duduk kat rumah kuarga mertua. Rumah low cost zaman dulu kala.. yang pakai batu angin je. Rumah tu memang mertua dia tak duduk lagi.. sooo.. since kawin dorang duduk situ sampai beranak dua sehingga kini.

Lately kat Johor kalau hujan je mesti serta ngan ribut. Lepas aku balik dari zoo aku terus singgah rumah mak aku kat Skudai. Aku sampai dalam kul 11 le gitu. Tengok2 Mimi ngan anak2 dia ada.. (Pearl & Emerald) suaminya takde.. kerja.

Lepas makan t.hari apa sumer.. kita orang pun lepak2 tengok movie.. memula tengok cita HE IS AWAKE (tah aku tak ingat sangat tajuk dia), habis cita tu sambung plak cita SWEENY TOD.. masa start je cita sweeny tod tu.. hujan lebat bukan main... adalah hujan dalam sejam gitu.

Dalam kul 4 gitu.. Mimi dapat call dari jiran dia.. ngatakan rumah dia bumbung sudah terbang. Perghh nasib baik masa kejadian dia takde kat rumah ngan anak2nya. Kalau idak aku tak tau le apa nasib dia ngan anak2.

AbangSayang tengah tengok Astro. Aku bagi tau dia, mintak tolong hantarkan adik aku balik ke Lima Kedai coz rumahnya bumbung sudah terbang. Sepantas kilat AbangSayang bangun... siap leh amek canvas kat belakang rumah lagi.. Aku tak ikut pun sebab Kristal titun masa tu... Dah kul 6 petang baru aku pegi tu pun saing ngan parents aku... AbangSayang tak balik lagi coz sedang pasang canvas sementara nak pasang bumbung baru.


Betaraguru (kanan sekali), AbangSayang ekceli kat sebelah Betaraguru tapi terlindung.

Yang bertutup ngan kanvas tu sumer tempat yang berlobang2.

Tengok ajelah keadaan rumahnya yang memang nampak ciri2 zaman dulu kala

Ini keadaan di bilik air.
Keadaan sudah jadi berantakan n tunggang langgang

Ini pemandangan kat porch... selain itu bumbung tercabut di bahagian ruang tamu, bilik tidur n bilik air.

2 ulasan:

Ad berkata...

siannya mimi..

aku harap semuanya ok.



*PS-citer apa plak he is awake tueee yerr

LayarLara Legendary Of Journey berkata...

Ad,
Ko dah balik lom? Kalau ko dah balik ko carik kat kedai.. yang penting citanya bes.. Banyak adegan yang tak dijangka akan berlaku... bukan cerita hantu.. ko surf kat tenet laaa... kang aku cita sumer tak best plak..